Jumaat, 20 Julai 2012

Amanat Dari Pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Kebangkitan parti-parti islam di timur tengah yang di mulai dengan Turki, Tunisia sehinggalah Mesir yang masih lagi hangat diperkatakan. Perkara ini, membawa arus gelombang baru terhadap kebangkitan rakyat dalam menumbangkan kerajaan yang zalim dan yang sudah tidak relevan.

Setelah mendengar khabar Berita dari seorang rakan akan kehadiran pimpinan Ikhwanul Muslimin iaitu, sebuah jemaah islam yang terbesar di dunia dan menjadi penggerak kepada revolusi Mesir sehingga Berjaya membawa perubahan besar pada demografi politik bumi anbiya itu. Dalam keadaan yang teruja, saya bersama dalam kuliah maghrib bersama pimpinan ikhwan itu.
Dalam Kuliah tersebut, Syeikh Ir. Alauddin menceritakan akan nikmat kemenangan yang dikecapi selepas Berjaya menumbangkan Rejim Hosni dan Menang dalam Pilihanraya. Beliau menceritakan Bagaimana sebelum kemenangan yang dikecapi hari ini, Ikhwan cuba dimatikan oleh pihak pemerintah, dengan melarang rakyat mengadakan sebarang perjumpaan di masjid selepas waktu solat dan pengharaman gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai salah satu jemaah. Namun atas dasar perjuangan murni dalam memperjuangkan agama allah, Allah memberikan kejayaan kepada Ikhwanul Muslimin akhirnya.




Syeikh Ir. Alauddin juga menceritakan akan keperibadian yang dimiliki oleh Dr. Mursyi. Menurut beliau, selain Dr. Mursyi seorang hafiz al-quraan, Seluruh keluarga Mursyi juga mengikuti jejak langkah beliau menjadi hafiz quran. Namun, tidak ada guru luar yang mengajar anak-anaknya, beliau dan isterinya yang menjadi guru dan pembimbing kepada anak-anaknya. Sehingga hari ini Dr. Mursyi masih tinggal di rumah sewa, kehidupan dan keperibadian beliau amatlah sederhana. Syeikh Ir. Alauddin menceritakan pada waktu Subuh bagaimana beliau akan mengejutkan pengawal-pengawalnya dan rakyat berdekatan dari tidur untuk mengajak mereka menunaikan solat dan beliau akan mengimamkan solat Subuh. Begitulah keperibadian seoragn pemimpin islam yang perlu dicontohi oleh pemimpin dinegara ini.

Selepas Program, Saya menemui Syeikh Ir. Alauddin untuk beramah mesra dengan beliau. Jelas dari pengamatan saya beliau adalah seorang yang mudah mesra kepada sesiapa sahaja. Saya menyapa Syeikh Ir. Alauddin, Saya memperkenalkan diri dan menyatakan saya seorang mahasiswa. Beliau memandang saya penuh dengan rasa bangga. Lalu berkata, “Wahai anak muda, kamu mempunyai tugasan besar yang harus kamu pikul, kamu perlu menyelamatkan ummah dari kemungkaran”. Lalu beliau menyambung, “Doa kami rakyat Mesir akan sentiasa mengiringi perjuangan kalian. Kemudian kami berpelukan dan saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan menyampaikan salam kepada Ikhwan Muslimin dari seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Mesir sudah diambang menegakan ad-din. Ayuh sahabat sekalian, kita bersama dalam mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi. Teringat kata-kata syeikh Alauddin, “Bagaimana kamu menitiskan air mata kerana gembira akan kemenangan kami, seperti itu kami akan merasai kemenangan kamu nant.” Sebak mendengar kata-kata itu.

Isnin, 16 Julai 2012

Nujum Tarikh Pilihanraya Buntu

Rakyat marhaen ketika ini tidak sabar untuk turun untuk menyatakan pendirian parti mana bakal menerajui kepimpinan negara. Ketika tempoh pemerintahan kerajaan yang sedang semakin suntuk apabila berada penghujung sesi pentadbiran untuk menghadapi satu lagi pilihanraya. Pilihanraya kali ini di gelar “Raja Segala Pilihanraya”. Sedang rakyat tertunggu untuk keluar mengundi, namun tarikh pilihanraya masih gagal di ketemu.

Ketika sedang bersiar dikubu sang oposisi. Terlihat akan pak nujum sibuk menghitung tarikh ramalan “countdown”. Setelah silap meramal, Pak nujum meramal satu tarikh yang lain, namun pak nujum terus hampa.” Adakah hanya pak Nujum dan rakan-rakan sibuk meramal tarikh, Adakah sang pentadbir Benar-benar mempunyai tarikh pilihanraya?” terfikir dibenak Pak Nujum.




Walhal Pak Nujum tidak tahu akan kebenaran. Sememangnya pihak pentadbir juga tidak tahu akan tarikh sebenar. Tarikh Pilihanraya hanya di ketahui oleh Biduanita jelita, kak Rose. Di percayai tarikh pilihanraya ditulis oleh Kak Rose dan digulung kertas itu dibuatnya sanggul pada rambutnya yang tebal. Akibat dari rambutnya yang tebal, dipercayai ramai pihak gagal mengesan tarikh itu, sehinggakan satelit milik Nasa juga tidak mampu mengesan.

Rabu, 11 Julai 2012

Jangan Toyolkan FAM



Sedia maklum bahawa bolasepak adalah sukan no.1 dimalaysia. Setiap persembahan pasukan kebangsaan sama ada memberangsangkan atau tidak pastinya akan menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi. Begitu juga temasya Bolasepak antarabangsa seperti Euro dan Piala Dunia pastinya dinantikan kemunculannya oleh penduduk diseluruh planet bumi mahupun Malaysia.

Namun difahamkan sukan kegemaran ramai ini bukan sahaja diminati oleh golongan manusia, tatapi juga golongan Toyol. Toyol adalah sejenis sepesis makhluk yang tidak berambut dan berperut buncit. Makhluk ini tidaklah mahir dalam permainan Bolasepak tetapi amat meminati sukan ini.





Oleh kerana sukan ini amat diminati mereka. Toyol-toyol ini ingin berkuasa dalam pertubuhan Bolasepak Negara, walaupun dikalangan mereka bukanlah arif dalam permainan ini. Tetapi kerana sikap pura-pura tahu akhirnya mereka melibatkan diri dalam pertubuhan ini.

Oleh yang demikian, mereka terus berkuasa dalam pertubuhan ini dengan sekian lama memegang jawatan dalam pertubuhan ini. Kerana tidak arif, segala macam pentadbiran Bolasepak tidak dilangsungkan, segala anak pinak dibawa. sehingga kedudukan ranking terus merudum.Namun sang toyol-toyol terus bermegah dengan jawatan yang disandang. Sehingga pihak lawan menurunkan pemain yang tidak berkelayakan juga dibiarkan oleh pihak toyol. Sang toyol juga gagal mengakses pemain-pemain Negara yang bermain diluar Negara. Akibatnya mereka terpaksa menggunakan pemain dibawah liga cipataan mereka yang corak persembahan yang sama walau berabad liga tersebut berlangsung.

Saya merayu pada sang toyol-toyol agar nyahkan diri dari dunia bolasepak negara. Saya menyeru kepada rakyat jelata sekalian. Turunkanlah sang toyol dari takhta pertubuhan Bolasepak kalian jika ingin melihat bolasepak kalian terus maju.

Selasa, 10 Julai 2012

Akhirnya Uncle Seekers menemui "Hantu" Sebenar


Kerana kesibukan yang teramat, rasanya sudah terlalu lama saya tidak mencoret sebarang coretan disini. Namun dewasa ini, terdapat pelbagai permasalahan yang timbul, sehingga membuatkan saya rasa perlu menghunuskan lidah yang tajam ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. selain dari seruan dari Rakan-rakan seperjuangan Kincir Tua dan Safuan Azari membuatkan saya semakin teruja meneruskan coretan disini.

Saya tertarik dengan berita yang sedang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini berkenaan uncle seekers. Sebut sahaja nama ini pastinya ramai yang akan membayangkan aktiviti paranormal yang beliau jalankan sehingga pernah menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Program yang menguji keberanian para peserta program tersebut.

Namun sejak akhir-akhir ini, Uncle Seekers berjaya menemui hantu sebenar apabila membongkar kehidupan mewah kerabat diraja Johor. Beliau membongkarkan akan kerakusan dan kezaliman kerabat Diraja Johor. Beliau membongkarkan beratus koleksi kereta mewah dan pelbagai jenis Helikopter milik kerabat Diraja Johor. Selain itu, Uncle Seekers membongkarkan kehidupan kerabat Diraja yang jelas tidak mencerminkan selaku ketua agama. Sedangkan rakyat Johor hari ini ada yang hidup dalam keadaan yang daif dan sehelai sepinggang. walhal sultan hari ini mengumpul harta dengan penuh rakus.

Saya teringat akan kisah dizaman Khulafa’ Ar-rasyiddin, Bagaimana Saidina Umar dipertikai berkenaan Harta rampasan berupa kain. pada suatu ketika setelah barang-barang daripada Parsi antaranya kain yang dirampas daripada peperangan menentang kerajaan Parsi , Saidina Umar membahagikan kain-kain berkenaan kepada penduduk Madinah. keesokanya masing-masing memakai baju yang dibuat daripada kain berkenaan, Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang dibahagi-bahagikan itu, lalu bangun seorang sahabat dan berkata, Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat tuan.. Saidina Umar berkata kepadanya, Kenapa kamu berkata demikian? Sahabat itu bertanya pula, dari mana kamu ambil baju yang dipakai ini? Kerana mengikut pembahagian semalam tidak padan kain itu dengan tubuh kamu, kerana kain yang kamu dapat semalam sedikit sahaja. Lalu Saidina Umar menyuruh anaknya bangun, bangun wahai Abdullah!! Lalu Abdullah bin Umar menyatakan bahawa saya memberikan bahagian saya kepada ayah saya. (untuk melengkapkan jadi sehelai baju). Sahabat itu berkata, sekarang saya mendengar dan saya taat. Ini menggambarkan bagaimana amalan yang dilaksanakan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Namun apa yang dilakukkan Uncle seekers hari ini membuatkan saya teringat akan sebuah hadith:
"Jihad yang paling utama ialah berkata benar dihadapan pemimpin yang menyeleweng" -Hadis riwayat Tirmizi dan Abu Daud (Taraf hadis hasan)

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia usah gentar menentang kebatilan. Usah bersama dengan golongan yang melakukan kemungkaran. Sedangkan khalifah terdahulu sedia menerima sebarang teguran dan nasihat. Apetah lagi sultan hari ini. Semoga uncle diadili dengan adil . Justice for Uncle!!!...