Ahad, 28 Oktober 2012

10 Sebab Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Tidak layak Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Ramai yang  Mengadu domba akan kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Selepas wujud pelbagai kontroversi melbatkan beliau. Hasil dari pengamatan saya, Hari ini saya nyatakan 10 Sebab mengapa Najib tidak layak untuk terus memegang tampuk pentadbiran negara.




1) Menggunakan APCO  Worldwide sebagai penasihat pentadbiran - Akibat Ragu-ragu dengan kemampuan dirinya selaku pemimpin beliau terpaksa menggunakan khidmat Firma Perhubungan APCO untuk meningkatkan nama Malaysia dimata dunia.

2) Memerintah Atas Mandat Rakyat kepada Pentadibiran Pak Lah - Najib sehingga hari ini menggunakkan mandat rakyat pada PRU-12 dan masih gagal melaksankan Pilihanraya untuk mendapat mandat rakyat untuk pentadbiran beliau. Jika tempoh sepenggal berlalu, Najib bakal menjadi Perdana Menteri pertama memerintah negara dengan menggunakan mandat Perdana menteri lain.

3) Perbicaraan Kes Scorpene  libatkan Najib di Perancis- Imej negara dan Najib  dimata dunia tercalar akibat perbicaraan Kes skandal Kapal selam Scorpene yang melibatkan Rm800 juta dan Pembunuhan Model Mongolia yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

4) Gagasan 1Malaysia yang tidak relevan -  Idea murni merujuk kepada perpaduan dilihat tidak relevan apabila idea ini digagaskan oleh Barisan Nasional. perkara ini kerana, yang memisahkan Komponen-komponen dalam Barisan Nasional bukan ideologi tetapi mengikut bangsa iaitu, MCA -Cina, MIC- India dan UMNO- Melayu. Sedangkan komponen dalam Barisan Nasional bersifat Rasicme mana mungkin perpaduan kaum dapat direalisasikan?

5) Hubungan perdagangan dengan negara haram Israel - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Dato' Sri Mustapha Mohamed mengakui, Malaysia hari ini mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel tetapi tidak hubungan diplomatik.

6) Elak Dari Berdebat dengan Ketua Pembangkang - Kredibiliti Najib tercabar apabila acapkali menolak untuk berdebat bersama ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim. perkara ini menimbulkan persoalan akan kredibiliti Najib akan seorang pemimpin.

7) RM889 Billion wang Negara lesap - Najib selaku Menteri Kewangan gagal menyiasat ketirisan dan pengeluaran haram wang negara pada 2011.

8)Menyerahkan Tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura - Dizaman pemerintahan Najib Tanah KTM ditanjung pagar tergadai. Keretapi tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai tanah pajakan dengan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluar 217 hektar.



9) Membenarkan Kapal Perang asing berada diperairan negara -  Ahli parlimen Tumpat, Datuk kamarudin  jaafar mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah perkaran 18 (1)  bagi mendesak  sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika. Kamarudin berkata, kapal perang Amerika bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun 2012 

10) Berdiam diri bila sekutu dari MCA menghina Islam - Najib enggan memberi komen apabila Presiden MCA  acapkali menghina islam dengan Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik, Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan, Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.  

Khamis, 25 Oktober 2012

Maher Zain berjaya pecahkan tradisi lagu di Hari Perrkahwinan

Hari Perkahwinan pastinya menjadi saat yang paling dinantikan oleh mereka yang  mengimpikan kehidupan berumahtangga. Majlis inilah yang menjadi medium penyatuan bagi mereka yang bercinta atau bagi mereka yang disatukan melalui pilihan keluarga. Majlis perkahwinan juga boleh menjadi medium "Reunion" apabila berjumpa dengan sahabat atau ahli keluarga yang sudah lama tidak ketemu.



 Di Malaysia Majlis perkahwinan sering diwarnai dengan lagu-lagu yang menjadi tema di hari bahagia ini. lagu-lagu ini  dipasang untuk menghiburkan para pengunjung Majlis perkahwinan. Perkara ini cukup sinonim dalam majlis perkahwinan di negara ini tidak kira di luar Bandar mahupun di kota.

  Lagu yang sering mendapat tempat pastinya lagu-lagu yang bertemakan perkahwinan seperti lagu Selamat Pengantin Baru, Kompang dipalu dan Tukar cincin tempahan Perkahwinan. tidak kurang lagu-lagu pop yeh yeh yang juga turut menjadi halwa telinga pada hari bersejarah ini. seperti lagu Jefryddin, M. Sharif mahupun kumpulan Mirwana. tidak kurang lagu duet dari Hail Amir dan Uji Rashid turut mewarnai di majlis-majlis Hari Bahagia ini. Antara lagu popular dari Hail Amir dan Uji Rashid yang sering dimainkan ialah lagu "Menunggu Nasi Minyak" yang boleh dikatakan lagu wajib dalam Majlis Perkahwinan.

Namun Dewasa ini dilihat trend kepada lagu-lagu ini tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat  ketika ini. Kini fenomena Maher Zain menghantui Majlis-majlis perkahwinan di negara ini. Lagu- Lagu "Barakallah", "Insyallah", "For The Rest of My Life" dan yang terbaru "Number One For Me" menjadi kompilasi dalam irama yang dimainkan Di Majlis Perkahwinan.

Budaya ini cukup  baik apabila lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat berjaya menambat hati masyarakat kita pada Hari ini. Maher Zain berjaya memecahkan tembok lagu-lagu yang diputarkan sejak sekian lama ke arah lagu penyampaian mesej yang lebih baik kepada masyarakat. Kita lihat hebatnya kepelbagian medium dakwah pada hari ini, berjaya mengubah landskap majlis walimah yang menjadi budaya masyarakat hari ini. syabas, Maher Zain!!!..


Isnin, 22 Oktober 2012

Isu Hudud : Mengapa Tunding Jari Pada MCA atau DAP?

   Isu Hudud sekali lagi menjadi polemik dalam politik negara selepas  kenyataan Presiden MCA Chua  Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. kemudian disusuli kenyataanya diperhimpunan Agung MCA ke-59 yang menyatakan  lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. kenyataan ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada sekutu MCA iaitu UMNO. Tambahan Perdana Menteri Malaysia juga enggan ulas kenyataan ini.



       Sebelum ini Juga DAP sering mengulangi pendiriannya terhadap Hudud, kenyataan paling popular yang pernah dikeluarkan oleh Presiden DAP Karpal Singh, pada 20 Tahun lalu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu”  masih  menjadi perisai akan pendirian DAP dalam isu hudud Walaupun sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS sehingga ke hari ini masih memperjuangkan Hukum Hudud ini dilaksanakan di Malaysia.

     Adakah layak mereka dipersalahkan atas  pendirian mereka ini? Mengapakah mereka bertindak sedemikian? Dan Mengapa persepsi mereka terhadap Hudud sedemikian rupa? Mengapa kita perlu laksanakan Hudud?



     Islam itu bukan sekadar kepercayaan malahan islam itu adalah ad-din iaitu cara hidup yang kita perlu amalkan dalam kehidupan kita seharian. Dari awal pagi kehidupan kita bermula hinggalah kesaat melelapkan mata kesemuanya termaktub dalam islam. Adab tidur, makan, berpakaian, bekerja semuanya ada dalam islam. Selaku umat islam  kita telah disediakan manual kehidupan dan hanya perlu kita ikuti panduan pada kehidupan ini.




      ayuh kita lihat kehidupan kita hari ini adakah masih berlandas pada ajaran islam? Bagaimana dengan tiang agama kita? Bagaimana dengan penampilan kita adakah menutup aurat? Bagaimana dengan akidah kita? Masih tersimpul terhadap ya rabb? Sedangkan umat islam sendiri gagal mengaplikasikan islam bagaimana yang bukan islam hendak menjadikan islam sebagai contoh teladan kepada diri mereka?



Lihat sahaja pada kenyataan Dato’ Seri Najib bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Hudud, sedangkan hudud ini adalah hukum allah bukan rekaan manusia.  

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah  maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-baqarah, ayat 229)

   Sedangkan umat islam sendiri tidak taat perintah allah apatah lagi orang bukan islam? Usah tunding jari kepada yang bukan islam sedangkan kita sendiri gagal menunjukkan keindahan islam kepada yang bukan islam dan pemimpin hari ini juga gagal menjadi khalifah yang baik dengan gagal memahami islam sebagai ad-din dan gagal memartabatkan islam dengan sempurna.


Sabtu, 20 Oktober 2012

Hari Hartal bukti rakyat bersatu menentang penjajah.

   Selamat Ulang tahun Hari Hartal kepada semua Rakyat Malaysia. Hartal yang berlaku pada 20 Oktober 1947 adalah bukti rakyat di tanah Melayu pernah bersatu pernah mengembleng tenaga bersama untuk menghalau penjajah British dalam menuntut kemerdekaan yang sebenar tanpa satupun nilai kemerdekaan yang kita gagal tuntut. Namun shingga ke hari ini, kita masih gagal dalam mencapai erti kemerdekaan yang sebenar. biarlah peristiwa Hartal yang berlaku pada 20 oktober ini menjadi perangsang kepada kita untuk terus memperjuangkan kehendak dan impian mereka pejuang terdahulu. Kredit buat dokumentari 10 tahun sebelum merdeka dari Fahmi Reza yang menjadi rujukan utama penulisan ini.


   Selepas tamat Perang dunia ke-2, British kembali ke Tanah Melayu selepas tentera Jepun mengaku kalah dalam peperangan tersebut. perkara ini menyaksikan panji "Union Jack" kembali dikibarkan di Tanah Melayu. Ini bermakna Tanah Melayu kembali menjadi Tanah Jajahan British. Sumber ekonomi seperti Getah, Bijih Timah kembali menjadi alternatif untuk menyelamatkan ekonomi British pada ketika itu. selepas perang Dunia ke-2 Tanah melayu menjadi wilayah bebas dan tidak terikat dengan undang-undang kolonial pada ketika itu. Pada ketika itu juga muncul sebilangan anak muda dan kesatuan yang mahukan perubahan hasil dari semangat perjuangan Tokoh-tokoh dari Indonesia seperti, Soekarno, Bung Tomo dan Tan Melaka. Muncul juga beberapa pertubuhan seperti Malayan Democratic Union (MDU), Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)dan Parti Kebangsaan Meleyu malaya (PKMM) yang membela nasib rakyat ketika itu. Perkara ini mengusarkan penjajah British, Lalu British mengagaskan Malayan Union pada 1 April 1946.


Namun Malayan Union mendapat tentangan hebat pada ketika itu dari rakyat ditanah Melayu. Beberapa faktor yang membawa penentangan kepada Malayan Union adalah kerana Raja Melayu bakal kehilangan takhta dan kewarganegaraan Jus Soli kepada imigran asing. Oleh sebab itu, British membuat rundingan bersama Garbenor Malayan Union, Raja Melayu dan UMNO untuk mengagaskan pula Perlembagaan Persekutuan yang terus membantu British untuk mencengkam Tanah Melayu dibawah Tanah Jajahanya. Raja Melayu dan Umno ketika itu menyokong Perlembagaan Persekutuan demi menyelamatkan kedudukan mereka supaya terus berkuasa ditakhta selain motto perjuangan umno ketika itu "Hidup Melayu" dan bukan bermotif kemerdekaan.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Pejuang Kiri ketika itu yang ingin melihat Tanah Melayu Bebas dari kuasa asing dan membantah perlembagaan persekutuan. Perkara ini menyebabkan pertubuhan-pertubuhan kiri bergabung dibawah All-Malaya council of Join Action (AMCJA). dan pertubuhan kiri paling berpengaruh PKMM membuat gabungan sendiri bersama sayapnya iaitu API, AWAS dan GERAM dibawah gabungan Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA). Akhirnya dua gabungan ini menjadi satu selepas menilai motif perjuangan yang sama iaitu membubar Perlembagaan Persekutuan dan menuntut kemerdekaan Malaya. gabungan ini digabungkan dengan nama PUTERA-AMCJA.


 Setelah PUTERA-AMCJA sedar mereka perlu membuat sesuatu untuk menidakkan agenda British ini, satu rundingan telah diadakan antara pertubuhan dibawah AMCJA-PUTERA. Pertubuhan yang hadir adalah, PKMM,PMFTU,API,AWAS,BATAS,MIC,MNDYL,GERAM, MPAJ-ESCU, 12- STAE WOMEN'S FEDERATION, MDU (sebagai general secretary) dan Tan Cheng Lock dan Ishak Hj Mohamad (Pak Sako) sebagai pengerusi. dalam perbincangan ini, semua gabungan sepakat untuk menubuhkan Perlembagaan Rakyat sebagai mekanisme untuk menentang perlembagaan Persekutuan.


 Dalam Perlembagaan Rakyat Singapura termasuk dalam persekutuan, tidak dalam perlembagaan persekutuan milik British. Kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India adalah sebangsa. kewarganegaraan bagi semua rakyat malaya berbanding warganegara ketat bagi bukan Melayu dalam perlembgaan persekutuan . Hak mengundi 18 Tahun Keatas  dalam perlembgaan rakyat manakala tiada pilihanraya dalam perlembagaan persekutuan. Hak Politik Samarata dalam perlembagaan Rakyat, tiada Hak politik dan Perlembagaan Persekutuan. Majlis Kaum-Kaum untuk menapis diskriminasi dalam perlembagaan rakyat manakala tiada badan penapis diskriminasi dalam perlembagaan persekutuan. Malaya negara Baru dalam perlembagaan rakyat, dalam perlembagaan persekutuan Malaya kekal koloni British. Malaya kearah negara sendiri dan merdeka dalam perlembgaan Rakyat manakala perlembagaan persekutuan hanya meletakkan Malaya dibawah naungan British. Perlembgaan rakyat telah  dicipta pada 10 Ogos 1947 manakala Perlembagaan Persekutuan dicipta oleh British, UMNO dan Raja-raja Melayu  pada 19 Disember 1946.


 British melihat penentangan terhadap Perlembgaan Persekutuan semakin mendapat tentangan rakyat. Oleh itu, British menubuhkan semula "Societies Ordinance" menyekat kebebasan berpersatuan dan "Registrar of societies" bertindak menolak pendaftaran pertubuhan. Namun perkara ini sedikitpun tidak melemahkan perjuangan AMCJA-PUTERA.


 Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan kaum lain yang berpendidikan namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan. Rapat umum, Risalah terus diedarkan kepada rakyat untuk memperkenalkan perlembagaan Rakyat. Perkara ini mendapat sambutan hangat rakyat yang ingin melihat kemerdekaan 100%. Perjuangan merealisaikan perlembagaan Rakyat semakin giat dengan PUTERA-AMCJA bercadang untuk mengadakan bakal Hari Hartal pada 20 OKtober 1947 dari jam 6 pagi sehingga 12malam . media cetak ketika itu memainkan peranan dalam menyampaikan manifesto hartal kepada rakyat. Hartal adalah mogok rakyat berhenti dari membuat sebrang aktiviti harian rakyat sepanjang Hari Hartal. pada 16 Oktober wakil PUTERA-AMCJA di London, Lim Hong Bee menghantar perlembagaan Rakyat kepada ahli Parlimen British.
Tanggal 20 Oktober 1947, Hartal berlangsung dengan jayanya. ketika itu dikatakan seluruh Malaya lumpuh tanpa sebrang kegiatan harian atau kegiatan ekonomi. Hartal mendapat sokongan seluruh Rakyat ketika itu. Rakyat terus menolak perlembagaan Persekutuan dan mengangkat Perlembagaan Rakyat. Namun perintah darurat dikeluarkan British pada 18 Jun 1948 atas alasan membanteras komunis. 29,857 orang ditahan dan 10,000 orang daripada jumlah itu adalah orang Melayu. Lihatlah betapa manis perjuangan ini. sayangnya saya tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku teks akan cerita ini. Ayuh terus kita raikan tanggal 20 Oktober ini akan tarikh keramat yang memperlihatkan rakyat bangkit, semua rakyat bersatu menentang penjajah.