Khamis, 30 Mei 2013

Barisan Nasional Ketinggalan 70 Tahun dibelakang PUTERA-AMCJA.



Selepas dilihat keputusan PRU-13 tidak menyebelahi MCA, mereka mengusulkan cadangan bahawa Barisan Nasional dijadikan parti tunggal dengan kesemua parti Komponen didalam BN disatukan.  Idea ini disambut baik beberapa pimpinan dalam UMNO, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Adakah idea ini untuk kepentingan politik semata-mata ataupun  Barisan Nasional Baru tersedar bahawa “Rasicm is so yesterday” dengan perjuangan perkauman menjadi agenda utama parti komponen utama dalam BN sebelum ini.

Apapun  alasan yang bakal diberikan Barisan Nasional, setelah lebih 50 Tahun kemerdekaan UMNO dan komponen Parti perikatan baru menyedari akan kebobrokan perjuangan mereka selama ini. Perjuangan perkauman menjadi agenda komponen  Parti perikatan dari Pra-merdeka sehingga hari ini. Namun selepas keputusan PRU-13 telah memberi tamparan hebat kepada mereka akan kejahilan mereka selama ini.

Tahukah mereka ketika 10 tahun sebelum merdeka bahawa kesemua komponen dalam PUTERA-AMCJA yang ada  pada ketika itu telah sepakat  menentang  Perlembagaan persekutuan  yang digagaskan British yang dipersetujui UMNO telah bersepadu untuk membuang titik bengik perkauman?.  Perlembagaan Persekutuan adalah solusi dari British untuk menggantikan Malayan Union.



Pada Ketika itu PUTERA-AMCJA telah memperkenalkan perlembagaan Rakyat  sebagai Solusi untuk menolak Perlembagaan Persekutuan demi perjuangan Merdeka 100%.  Antara isi kandungan Perlembagaan Rakyat adalah, Kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India adalah sebangsa. Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan dari kaum lain yang berpendidikan seperti Tan Cheng Lock  namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan. Ini menunjukkan komponen dalam PUTERA-AMCJA benar-benar  ingin singkirkan titik perbezaan antara mereka. Selain itu, dalam perlembagaan juga ada menyatakan tentang  Majlis Kaum-Kaum untuk menapis diskriminasi  perkauman yang termaktub dalam  perlembagaan rakyat.



Disini kita dipersembahkan akan kematangan PUTERA-AMCJA dalam menuntut merdeka 100% Yang jelas sekali ingin membuang terus titik perbezaan antara kaum.  Perlembagaan rakyat dicipta pada 10 Ogos 1947 namun pada 2013 UMNO baru mengenali bibit-bibit untuk singkirkan perkauman? Adakah UMNO relevan menjadi pemerintah Dulu, Kini dan selamanya?


Ayuh sedekahkan Al-fatihah kepada pejuang sejati Tanah air dari PUTERA-AMCJA yang telah  terkorban semoga allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.