Khamis, 26 Februari 2015

Perjalanan Hidup Malcolm X Menuju Hidayah



Dalam melayari kehidupan, Pelbagai ranjau terpaksa di hadapi. Ada manusia yang lahirnya mendapat hidayah Allah S.W.T namun matinya dalam keadaan kufur. Ada Juga manusia yang lahirnya dalam kufur tetapi di pengakhiran hidupnya menemui hidayah. Begitulah kehidupan sebagai hambanya dalam mengharungi liku-liku kehidupan.



Di penulisan yang lalu, kita menyingkap perjuangan Rosa Parks dan Martin Luther King Jr. dalam memperjuangkan anti diskriminasi warna kulit di Amerika Syarikat suatu masa dulu ketika era perkauman yang melampau. Kali ini kita meneroka akan kehidupan seorang lagi aktivis hak asasi anti diskriminasi kaum yang turut menjadi sebutan ketika era itu iaitu Malcolm x.

Malcolm X di lahirkan di Omaha Nebraska, di Amerika Syarikat pada  19 Mei 1924. Ayahnya ialah seorang  Pendeta Baptis dari UNIA ( Universal Negro Improvement Association) pertubuhan yang giat membela nasib orang Afro-Amerika. Ayahnya di bunuh oleh Aktivis Pejuang hak kulit Putih.

Ketika usia remajanya, Malcolm adalah seorang pelajar yang bijak. Namun, ketika seorang guru favorit Malcolm mengatakan impiannya menjadi pengacara adalah sesuatu yang mustahil bagi ras kulit hitam, perkara itu membuatkan beliau hilang minat untuk menyambung pengajian dan  berhenti sekolah di usia 15 tahun. Setelah berhenti sekolah dan kematian Ayahnya Malcolm menjadi liar. Beliau kemudian berpindah ke Harlem Amerika Syarikat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah seperti  Bapa Ayam, menyeludup dan mengedar dadah. Akhirnya beliau beliau di tahan dan  dikenakan hukuman Penjara selama 10 Tahun.

 Di dalam penjara, beliau sering mendapat kunjungan dari saudaranya, Hilda yang akhirnya memperkenalkan Malcolm pada ajaran Islam Sunni. Kemudian beliau memutuskan untuk menganut agama Islam dan belajar pada pimpinan Islam sunni pada saat itu,  Elijah Muhammad menjadi rujukannya di awal hidayahnya memeluk Islam. Elijah Muhammad dari pertubuhan NOI (Nation of Islam) adalah seorang muslim yang berfahaman sesat dan menganggap dirinya utusan Allah.  Elijah Muhammad memahami diskriminasi dan ketidakadilan yang di alami oleh masyarakat Afro-Amerika. Beliau mengeluarkan pendangan dalam bentuk racist sehingga mempengaruhi pengikutnya.

Setelah di bebaskan dari tahanan, Malcolm bergerak aktif dalam NOI. Beliau menjadi terkenal kerana menyampaikan khutbah dan pandangan yang bersifat kritik kepada diskriminasi dan ketidakadilan. Akhirnya melalui NOI, Malcolm menjadi terkenal sebagai seorang yang memperjuangkan hak kesamarataan kaum namun dengan bersifat perkauman dengan menganggap kaum kulit putih sebagai iblis.


Akhirnya Malcolm X mengisytiharkan keluar dari NOI selepas kenyataan kontroversinya "Chicken Come Home o Roost" selepas kematian Presiden Amerika Syarikat Kennedy. Beliau kemudian menubuhkan front baru sebagai platform iaitu   Organization of Afro-American Unity pada 28 Jun 1964.








Akhirnya Malcolm x menemui Islam yang sebenar-benarnya ketika beliau menunaikan ibadah Haji Di Mekah dan sempat mengunjungi Kota Suci Madinah. Di sini beliau melihat akan manusia dari pelbagai warna kulit yang di lihat bersaudara dan menyembah tuhan yang satu. Dari pegalaman ini beliau mengungkap kata-kata Masyhur, “ Tidak pernah aku menyaksikan layanan mesra yang ikhlas dan semangat persaudaraan sebenar oleh orang-orang di sini (Mekah) yang berasal dari pelbagai warna dan bangsa. Ziarah haji ini telah memaksa aku menyusun semula pemikiran aku dan membuang jauh-jauh kesimpulan yang pernah aku simpulkan".



Setelah pulang dari menunaikan ibadat haji, Malcolm X telah memurnikan perjuangan dengan menubuhkan Muslim Mosque Inc(MMI) dan menentang keras ajaran NOI yang beliau pernah bersama yang kini beliau menyedari akan perju8angan Racist dan tidak berpandukan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Malcolm X juga mula menukar nama kepada El-Hajj Malik El-Shabazz.





Setelah penghijrahan Malcolm X tidak lagi dilihat entiti Racist, malahan beliau membawa watak penyatuan bangsa. Namun belum sempat lama beliau menikmati ajaran islam sebenar, beliau akhirnya di bunuh Oleh tiga orang Afro-Amerika ketika ingin memulakan ucapan di Audubon  Ballroom di Mahnhattan. Demikianlah perjalanan hidup Malcolm X yang akhirnya menemui hidayah sebenar dari Allah S.W.T. Semoga Allah merahmati perjuangan beliau.

Khamis, 5 Februari 2015

Sentimen Perkauman yang belum berkesudahan



 Uniknya Malaysia segala  hal berkait  kehidupan pasti berkait dengan perkauman. Dari aspek ekonomi, pendidikan, sosial  sehingga dalam dunia Politik. Sentimen perkauman  tidak boleh lari dari dunia dan kotak pemikiran Rakyat Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat sistem yang ditinggalkan oleh British menyebabkan Sosio-budaya dan mentaliti rakyat sedemikian. Namun hakikatnya sudah 58 tahun British meninggalkan kita, Apakah harus terus menunding jari kepada British atas mentaliti "Racism" yang berkarat dalam kotak pemikiran kebanyakan masyarakat?


Terbaru kenyataan individu berstatus Menteri yang terus mewujudkan polemik perkauman di kalangan masyarakat. Adakah ini kenyataan yang paling waras dikeluarkan seorang berstatus Menteri? 

Selepas ranap perjuangan PUTERA-AMCJA tiada lagi gerakan kebangsaan yang benar-benar utuh dalam memperjuangkan keadilan & toleransi kepada semua Kaum. Tiada lagi laungan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy "Di dalam dunia ini hanya terdapat Satu bangsa, iaitu bangsa manusia".

Kapan Pula kita akan melihat Rosa Parks dan Martin Luther King Jr. versi Malaysia dalam bangkit menentang segala sistem yang berbentuk perkauman? Ketika Amerika Syarikat suatu ketika dalam era perkauman yang melampau. Di mana kemudahan awam seperti Bas, Tandas awam dan beberapa kawasan  dan tempat rekreasi awam di khaskan kepada etnik berkulit Putih dan etnik berkulit hitam muncul Rosa Parks dalam menentang pemikiran berkarat ini.

pada 1 Disember 1955, terdapat suatu tragedi didalam Bas di Montgomery yang  mana Rosa Parks diarahkan untuk memberi tempat duduknya kepada orang berkulit putih, Sinonimnya pada waktu itu, tempat duduk hadapan Bas untuk mereka yang berkulit putih manakala di belakang adalah untuk mereka yang berkulit hitam. Namun Rosa Parks enggan berganjak dari tempat duduknya. Akibatnya beliau ditahan dan didenda $14 Dolar  kerana tindakannya itu.





Susulan dari penahanan Parks, Peristiwa "Bus Boycott" berlaku selama  388 hari yang diketuai oleh Martin Luther King Jr. yang menganggap perjuangan Rosssa Parks sebagai inspirasinya dalam menentang  Racism. Sejak peristiwa itu, gerakan-gerakan Hak Asasi anti-perkauman terus menular. Martin Luther King Jr. menjadi tokoh yang paling lantang dalam menuntut kesamarataan hak perkauman.



Kemuncak pada perjuangan ini adalah pada tahun 1964 dan 1965 di era pemerintahan Lyndon Johnson sebagai Presiden Amerika Syarikat dimana undang-undang yang membentuk diskriminasi kaum di bubarkan. Perkara ini membuatkan mimpi Martin Luther King Jr. sebagaimana dalam pidato terkenalnya "I have a dream" menjadi kenyataan.

Dari perjuangan ini memperlihatkan hasilnya iaitu selepas 54 tahun peristiwa Rosa Parks di tahan. Pada tanggal 20 Januari 2009, Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama berketurunan Afro-Amerika. Namun bagaimana pula di tanah air Malaysia? 58 tahun British meninggalkan Tanah Melayu, namun sentimen perkauman masih menghantui sanubari rakyat. Bilakah akan muncul Rosa Parks dan Dr. Martin Luther King Jr. versi Malaysia?