Jumaat, 17 April 2015

Lagu Kasih Latifah Ekspresi Dari Jalan Sufi



Dewasa ini kita disogokkan dengan pelbagai gambaran negatif  mengenai Tarekat-tarekat Sufi, Namun perkara ini bukanlah suatu fenomena asing bagi  mereka yang memilih jalan ini. Biarpun di beri pelbagai persepsi  negatif mereka tetap istiqamah dengan  Jalan yang mereka pilih.  Persepsi-persepsi negatif  ini di tangkis dengan nas-nas seperti :-

“Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).

Selain dari zikir,ahli sufi juga terkenal dengan bait-bait puisi yang memuji penciptanya  dalam keasyikan menongkah jalan.  Antara tokoh terkenal dalam mencipta puisi bentuk kesufian adalah seperti  Syeikh Jalaluddin Rumi, Ibn Arabi, dan Hamzah Fansuri ( jika di nusantara). Bait-bait puisi ini salah satu ekspresi yang timbul dalam keasyikan cinta pada pencipta dan kekasihnya.


Di era ini, Bait-bait ini telahpun dilagukan. Jika pada penulisan lalu saya telah kongsikan di sebalik lagu “Tanya sama itu Hud-hud”, Kali ini saya akan kongsikan di sebalik lirik lagu Kasih Latifah yang saya fahami adalah sebuah ekspresi dari jalan Sufi.

Lirik Lagu Kasih Latifah - Spider

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku

Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Demikian  bait-bait dari  lirik lagu Kasih Latifah. Pasti ramai yang menjangkakan Latifah adalah ekspresi cinta sang jejaka kepada teman wanita. Namun jika di amati liriknya pasti ada yang tidak mengerti. Apakah maksud akan disebalik lirik ini.
Dalam Tarekat Naqsyabandiah,  Zikir Ismu Zat.. Allah.. allah.. allah…  yang di hantar terus ke  7 “Latifah” batin iaitu 1) Latifah Qalbi, dan (2) Latifah Ruh, dan (3) Latifah Sirr, dan (4) Latifah Khafi, dan (5) Latifah Akhfa' dan (6) Latifah Nafs, dan (7) Latifah Kuli Jasad.



Zikir Ismu Zat ini tidak dibacakan melalui lisan. Ini yang dimaksudkan dalam bait lagu kasih Latifah  tersebut   ‘Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu Dalam naik turun nafas menjunjung namamu Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu Tiap saat ketika kudambakan jiwamu.”




Dalam mengharungi jalan Tarekat pastinya akan mengharungi satu keasyikan bila sentiasa memuji atau mengingati pencipta. Oleh yang demikian ekspresidari makna-makna lain dari lagu ini pasti dapat diselami oleh mereka yang memilih jalan yang sama.

Khamis, 26 Februari 2015

Perjalanan Hidup Malcolm X Menuju Hidayah



Dalam melayari kehidupan, Pelbagai ranjau terpaksa di hadapi. Ada manusia yang lahirnya mendapat hidayah Allah S.W.T namun matinya dalam keadaan kufur. Ada Juga manusia yang lahirnya dalam kufur tetapi di pengakhiran hidupnya menemui hidayah. Begitulah kehidupan sebagai hambanya dalam mengharungi liku-liku kehidupan.



Di penulisan yang lalu, kita menyingkap perjuangan Rosa Parks dan Martin Luther King Jr. dalam memperjuangkan anti diskriminasi warna kulit di Amerika Syarikat suatu masa dulu ketika era perkauman yang melampau. Kali ini kita meneroka akan kehidupan seorang lagi aktivis hak asasi anti diskriminasi kaum yang turut menjadi sebutan ketika era itu iaitu Malcolm x.

Malcolm X di lahirkan di Omaha Nebraska, di Amerika Syarikat pada  19 Mei 1924. Ayahnya ialah seorang  Pendeta Baptis dari UNIA ( Universal Negro Improvement Association) pertubuhan yang giat membela nasib orang Afro-Amerika. Ayahnya di bunuh oleh Aktivis Pejuang hak kulit Putih.

Ketika usia remajanya, Malcolm adalah seorang pelajar yang bijak. Namun, ketika seorang guru favorit Malcolm mengatakan impiannya menjadi pengacara adalah sesuatu yang mustahil bagi ras kulit hitam, perkara itu membuatkan beliau hilang minat untuk menyambung pengajian dan  berhenti sekolah di usia 15 tahun. Setelah berhenti sekolah dan kematian Ayahnya Malcolm menjadi liar. Beliau kemudian berpindah ke Harlem Amerika Syarikat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah seperti  Bapa Ayam, menyeludup dan mengedar dadah. Akhirnya beliau beliau di tahan dan  dikenakan hukuman Penjara selama 10 Tahun.

 Di dalam penjara, beliau sering mendapat kunjungan dari saudaranya, Hilda yang akhirnya memperkenalkan Malcolm pada ajaran Islam Sunni. Kemudian beliau memutuskan untuk menganut agama Islam dan belajar pada pimpinan Islam sunni pada saat itu,  Elijah Muhammad menjadi rujukannya di awal hidayahnya memeluk Islam. Elijah Muhammad dari pertubuhan NOI (Nation of Islam) adalah seorang muslim yang berfahaman sesat dan menganggap dirinya utusan Allah.  Elijah Muhammad memahami diskriminasi dan ketidakadilan yang di alami oleh masyarakat Afro-Amerika. Beliau mengeluarkan pendangan dalam bentuk racist sehingga mempengaruhi pengikutnya.

Setelah di bebaskan dari tahanan, Malcolm bergerak aktif dalam NOI. Beliau menjadi terkenal kerana menyampaikan khutbah dan pandangan yang bersifat kritik kepada diskriminasi dan ketidakadilan. Akhirnya melalui NOI, Malcolm menjadi terkenal sebagai seorang yang memperjuangkan hak kesamarataan kaum namun dengan bersifat perkauman dengan menganggap kaum kulit putih sebagai iblis.


Akhirnya Malcolm X mengisytiharkan keluar dari NOI selepas kenyataan kontroversinya "Chicken Come Home o Roost" selepas kematian Presiden Amerika Syarikat Kennedy. Beliau kemudian menubuhkan front baru sebagai platform iaitu   Organization of Afro-American Unity pada 28 Jun 1964.








Akhirnya Malcolm x menemui Islam yang sebenar-benarnya ketika beliau menunaikan ibadah Haji Di Mekah dan sempat mengunjungi Kota Suci Madinah. Di sini beliau melihat akan manusia dari pelbagai warna kulit yang di lihat bersaudara dan menyembah tuhan yang satu. Dari pegalaman ini beliau mengungkap kata-kata Masyhur, “ Tidak pernah aku menyaksikan layanan mesra yang ikhlas dan semangat persaudaraan sebenar oleh orang-orang di sini (Mekah) yang berasal dari pelbagai warna dan bangsa. Ziarah haji ini telah memaksa aku menyusun semula pemikiran aku dan membuang jauh-jauh kesimpulan yang pernah aku simpulkan".



Setelah pulang dari menunaikan ibadat haji, Malcolm X telah memurnikan perjuangan dengan menubuhkan Muslim Mosque Inc(MMI) dan menentang keras ajaran NOI yang beliau pernah bersama yang kini beliau menyedari akan perju8angan Racist dan tidak berpandukan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Malcolm X juga mula menukar nama kepada El-Hajj Malik El-Shabazz.





Setelah penghijrahan Malcolm X tidak lagi dilihat entiti Racist, malahan beliau membawa watak penyatuan bangsa. Namun belum sempat lama beliau menikmati ajaran islam sebenar, beliau akhirnya di bunuh Oleh tiga orang Afro-Amerika ketika ingin memulakan ucapan di Audubon  Ballroom di Mahnhattan. Demikianlah perjalanan hidup Malcolm X yang akhirnya menemui hidayah sebenar dari Allah S.W.T. Semoga Allah merahmati perjuangan beliau.