Jumaat, 20 Julai 2012

Amanat Dari Pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Kebangkitan parti-parti islam di timur tengah yang di mulai dengan Turki, Tunisia sehinggalah Mesir yang masih lagi hangat diperkatakan. Perkara ini, membawa arus gelombang baru terhadap kebangkitan rakyat dalam menumbangkan kerajaan yang zalim dan yang sudah tidak relevan.

Setelah mendengar khabar Berita dari seorang rakan akan kehadiran pimpinan Ikhwanul Muslimin iaitu, sebuah jemaah islam yang terbesar di dunia dan menjadi penggerak kepada revolusi Mesir sehingga Berjaya membawa perubahan besar pada demografi politik bumi anbiya itu. Dalam keadaan yang teruja, saya bersama dalam kuliah maghrib bersama pimpinan ikhwan itu.
Dalam Kuliah tersebut, Syeikh Ir. Alauddin menceritakan akan nikmat kemenangan yang dikecapi selepas Berjaya menumbangkan Rejim Hosni dan Menang dalam Pilihanraya. Beliau menceritakan Bagaimana sebelum kemenangan yang dikecapi hari ini, Ikhwan cuba dimatikan oleh pihak pemerintah, dengan melarang rakyat mengadakan sebarang perjumpaan di masjid selepas waktu solat dan pengharaman gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai salah satu jemaah. Namun atas dasar perjuangan murni dalam memperjuangkan agama allah, Allah memberikan kejayaan kepada Ikhwanul Muslimin akhirnya.




Syeikh Ir. Alauddin juga menceritakan akan keperibadian yang dimiliki oleh Dr. Mursyi. Menurut beliau, selain Dr. Mursyi seorang hafiz al-quraan, Seluruh keluarga Mursyi juga mengikuti jejak langkah beliau menjadi hafiz quran. Namun, tidak ada guru luar yang mengajar anak-anaknya, beliau dan isterinya yang menjadi guru dan pembimbing kepada anak-anaknya. Sehingga hari ini Dr. Mursyi masih tinggal di rumah sewa, kehidupan dan keperibadian beliau amatlah sederhana. Syeikh Ir. Alauddin menceritakan pada waktu Subuh bagaimana beliau akan mengejutkan pengawal-pengawalnya dan rakyat berdekatan dari tidur untuk mengajak mereka menunaikan solat dan beliau akan mengimamkan solat Subuh. Begitulah keperibadian seoragn pemimpin islam yang perlu dicontohi oleh pemimpin dinegara ini.

Selepas Program, Saya menemui Syeikh Ir. Alauddin untuk beramah mesra dengan beliau. Jelas dari pengamatan saya beliau adalah seorang yang mudah mesra kepada sesiapa sahaja. Saya menyapa Syeikh Ir. Alauddin, Saya memperkenalkan diri dan menyatakan saya seorang mahasiswa. Beliau memandang saya penuh dengan rasa bangga. Lalu berkata, “Wahai anak muda, kamu mempunyai tugasan besar yang harus kamu pikul, kamu perlu menyelamatkan ummah dari kemungkaran”. Lalu beliau menyambung, “Doa kami rakyat Mesir akan sentiasa mengiringi perjuangan kalian. Kemudian kami berpelukan dan saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan menyampaikan salam kepada Ikhwan Muslimin dari seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Mesir sudah diambang menegakan ad-din. Ayuh sahabat sekalian, kita bersama dalam mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi. Teringat kata-kata syeikh Alauddin, “Bagaimana kamu menitiskan air mata kerana gembira akan kemenangan kami, seperti itu kami akan merasai kemenangan kamu nant.” Sebak mendengar kata-kata itu.

1 ulasan:

  1. http://www.jpost.com/MiddleEast/Article.aspx?id=282434 menegakkan ad-din ko cakap? u're delusional man...

    BalasPadam