Isnin, 30 November 2009

politik malaysia

Dewasa ini kita melihat terlalu banyak masalah dalaman bagi setiap parti politik berlaku. Dari dalam parti kerajaan hingga ke pembangkang tak sudah-sudah masalah dalaman. apakah akan terjadi akhirnya dalam politik malaysia? dalam Barisan pucuk pimpinan MCA bertelagah sesama sendiri, begitu juga MIC. Dimanakah kesatuan jemaah meraka? begitu juga dengan pakatan pembangkang, masalah dalaman yang dihadapi oleh dalam pucuk kepimpinan atas pas yang melibatkan Tuan Guru Nik Aziz juga tidak kurang hebatnya ketika ini, tidak kurang isu tajaan haji yang dihadapi beliau katika ini. dalam PKR, Anwar Ibrahim seperti biasa bergelumang tuduhan liwat sehingga ke saat ini.
Apa sudah jadi politik malaysia? janganlah saling menunding jari, Ayuh bangkit perjuangkan hak rakyat dan negara. kembali memikul tanggungjawab anda, jangan leka dibuai harta dan pangkat. Ingatlah tanggungjawab dan suruhan illahi..
semoga pucuk pimpinan kita melakukan perubahan samaada dalam parti atau terhadap diri sendiri. semoga terealisasi impian melihat wawasan 2020.