Jumaat, 26 November 2010

Iblis sedang menunaikan janji-janjinya kepada allah bhg. 2

Assalamualaikum kepada semua yang terus mengikuti sambungan artikel ini. Terima kasih kepada yang memberi komen, cadangan dan yang menyokong untuk saya terus membongkar rahsia golongan elit atau Freemason ini. Ada yang mencadangkan saya untuk memberi sumber rujukan di setiap risalah yang saya keluarkan. Agak sukar untuk saya berbuat demikian kerana setiap apa yang saya kongsikan adalah dari buah kalam saya hasil dari bacaan beberapa buku, siri –siri dokumentari“The Arrival” yang diarahkan Noreagaa dan Achernahr dan Filem-filem Abdullah Hashem yang banyak membongkar agenda penantian Dajal ini. Dari sinilah banyak maklumat tentang Freemason, Illuminati dan rahsia-rahsia perancangan mereka dapat saya bongkarkan. Sekitar dari sumber inilah rujukan yang saya perolehi. Harap anda berpuas hati dengan sumber rujukan saya nyatakan.

Dalam bahagian yang pertama anda telah mengetahui sejarah-sejarah awal sehingga pertubuhan Freemason ini mampu untuk mendirikan sebuah negara hingga mampu menjadi kuasa dunia yang gah. Apakah perkara paling mudah dilakukan untuk menguasai dunia? Perkara paling mudah dilakukan untuk menguasai dunia adalah dengan menguasai minda. Media memainkan peranan paling penting untuk menjayakan misi ini. Berita dan hiburan adalah antara sumber penting di gunakan media untuk terus mengongkong pemikiran masyarakat di seluruh dunia. Mungkin ada yang sukar untuk terima penyataan ini. Saya akan cuba bongkarkan dan kupaskan rahsia ini satu-persatu.

Hollywood adalah di mana pusat kepada industri perfileman barat. Sedarkah anda bahawa Hollywood berasal dari perkataan “holly wood” iaitu kayu suci digunakan oleh pemuja syaitan untuk membuat tongkat. Namun bukan perkara ini yang ingin saya bincangkan. Sedarkah anda hampir lebih dari seribu filem hollywood cuba memanipulasikan bahawa bangsa Arab sebagai penjahat dalam filem-filem yang dikeluarkan mereka. Perkara ini menyebabkan bangsa Arab di “stereotype” sebagai pengganas oleh masyarakat dunia. Adakah anda sedar bahawa misi ini telah berjaya apabila masyarakat Arab ditindas ramai yang tidak mempedulikan perkara ini, kerana media telah berjaya memanipulasi perkara ini. Lihat sahaja bagaimana pandangan dunia ketika serangan Amerika Syarikat mahupun Israel menyerang negara Timur Tengah. Kebanyakan negara-negara mengambil sikap berkecuali dalam isu ini. Ini membuktikan kejayaan media dalam memanipulasi sifat sebenar masyarakat Arab dan agama Islam. Pada pendapat anda, mengapakah bangsa-bangsa Arab ini menjadi mangsa akan keadaan ini? Sebenarnya kawasan Timur Tengah adalah kawasan dimana wilayah yang ingin dimiliki oleh golongan pemuja syaitan ini untuk menanti ketibaan Dajal. Oleh sebab ini, anda melihat bagaimana negara-negara Arab ditindas terutama Palestin dan tapak Masjid Al-aqsa dikatakan kawasan suci, di mana tempat pemerintahan yang akan dibina untuk Dajal. Oleh yang demikian, Zionist menggali dari bawah stuktur bangunan masjid adalah kerana ingin meruntuhkan monumen itu dan bukan seperti digambarkan mereka bahawa carigali itu adalah untuk mencari tapak Haikal Sulaiman. Hal ini kerana apa yang mereka inginkan dari Haikal Sulaiman telah pun mereka perolehi iaitu kitab-kitab sihir yang tertanam di bawah takhta Nabi Sulaiman. Perkara ini disahkan dan di manipulasi filem “National Treasure” . Filem ini ada menceritakan dimana Ordo Knight of Templer telah menemui khazanah harta karun semasa Perang Salib dan harta karun dimaksudkan adalah buku-buku sihir Kabbala tersebut. Dalam isu yang lepas saya ada menyentuh perkara ini, untuk menguatkan lagi hujah saya, Al-quran turut menceritakan peristiwa di zaman Nabi Sulaiman ini.

( “Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang kufur itu. Akan tetapi, syaitan-syaitan itulah kafir kerana merekalah yang mengajar manusia, mengajarkan ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada malaikat Harut dan Marut di Babil(Babylon). Sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka mensihatinya dan berkata: “sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan untuk iman kamu. Oleh itu, janganlah kamu menjadi kafir.” Dalam pada itu, ada juga yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan seorang suami dengan isterinya. Padahal mereka sama sekali tidak akan dapat memudaratkan seorang pun dengan sihir itu kecuali dengan izin Allah. Dan mereka sebenarnya mempelajari yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (yahudi) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat kebahagiaan di akhirat kelak. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui!”)
-Surah Al-Baqarah- ayat 102

Hiburan melalui muzik juga adalah salah satu senjata di gunakan media untuk menjayakan rancangan yang dibawa oleh aliran Freemason ini. Perkara ini dilakukan khas untuk memastikan semua hidupan manusia dikawal oleh mereka. Penyanyi hari ini sering kali dianggap “idola” oleh masyarakat tidak kira perbezaan umur. Konsep idola sebenarnya telah lama bertapak sejak zaman Mesir Purba dan berjaya dikembalikan pada zaman ini. Namun, sedarkah anda bahawa anda sedang diperdaya untuk mencintai kehidupan dunia dan melupakan agama dan akhirat? Kebanyakan penyanyi hari ini juga membawa pakej “simbol seks” dan membuatkan mereka lebih diminati dan diikuti. Adakah anda sedar?

Sedarkarkah anda bahawa terdapat beberapa lagu yang jika diamati betul-betul liriknya mereka sedang memuja “Tuhan” mereka iaitu Dajal bukan untuk kekasih seperti di gambarkan. Antara lagu yang di maksudkan adalah lagu “Frozen” dan beberapa lagi lagu nyanyian Madonna dan juga lagu “Umbrella” nyanyian Rihanna. Kebanyakan dari penyanyi ini juga turut menjadi ahli Freemason antaranya Madonna yang mengaku mengamalkan “Kabbala” iaitu pemujaan syaitan yang diamalkan masyarakat yahudi sejak zaman Mesir Purba. Jelas industri hiburan telah berjaya digunakan sepenuhnya golongan ini untuk memperdaya masyarakat hari ini. Namun jika ada yang mengetahui misi mereka, cuba menerangkan agenda mereka secara kiasan melalui muzik atau keluar dari agenda yang cuba mereka sampaikan maka individu itu akan cuba dihapuskan atau dimalukan. Adakah anda rasa kematian Michael Jackson dan Bob Marley adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan? Mereka cuba menghapuskan amalan-amalan perkauman dalam lagu-lagu mereka dan juga menjauhkan sifat-sifat kebencian di antara manusia. Mereka menyembuhkan amalan ini dengan membawa lagu bertema kasih sayang. Bob Marley di tembak ketika hendak pergi ke suatu persembahan keamanan. Dua hari kemudian setelah ditembak, di naik ke pentas tersebut dan menyanyi. Ada diantara peminat menanyakan soalan kepdanya, mengapa semua ini berlaku? Dia menjawab, “Orang-orang yang ingin untuk memburukkan dunia ini tidak pernah untuk berhenti mencuba.” Michael Jackson yang terkenal dengan lagu-lagu keamanan dan perpaduan dibunuh ketika dalam persiapan untuk mengadakan konsert jelajahnya. Adakah anda sedar perkara-perkara ini?

Lihatlah bagaimana liciknya kuasa ghaib ini mengawal kehidupan kita melalui media, mungkin sukar ada di antara kita untuk menerima kenyataan ini. Tetapi percayalah ini agenda terancang. Banyak lagi agenda-agenda tersembunyi ini yang akan saya kupas dalam isu akan datang. Bagaimana wujudnya perselisihan pendapat di kalangan agama samawi, upacara-upacara yang dijalankan golongan ini dan lain-lain agenda yang dijalankan mereka semuanya telah di rancang dengan teliti, insyallah saya akan kongsikan dalam bahagian-bahagian seterusnya. Diharap anda terus menyokong perkongsian ini dan saya meminta anda terus menyebarkan kepada umum pembongkaran ini. Terima kasih kerana terus menyokong...

Iblis sedang menunaikan janji-janjinya kepada Allah.

Asalamualaikum kepada semua, Tujuan saya mengarang ini adalah untuk membongkarkan kepada masyarakat hari ini tentang satu konspirasi hebat yang telah di rancang sejak beribu tahun dahulu. Mungkin apa yang hendak saya usulkan hari ini mungkin ada yang akan mengatakan saya seorang yang gila, merepek atau mudah membuat andaian sendiri. Tetapi sedarlah, jika anda membuang jauh perasaan ego, sifat sayangkan kedunian dan memikirkan sedalam-dalamnya bukti yang saya kemukakan, pastinya anda akan sedar betapa dunia hari ini di kawal oleh golongan yang pernah menguasai dunia ini sejak zaman Mesir purba lagi. Saya akan mengarang bicara ini dalam beberapa bahagian agar mudah di fahami oleh pembaca dan sebarkanlah artikel ini agar lebih ramai akan sedar bahawa cara kehidupan kita dari awal pagi hingga ke malam semuanya telah di progamkan sama ada kita sedar atau tidak. Saya akan mulakan karya saya dengan apa itu Ajaran freemason sebelum saya melangkah lebih jauh. Mungkin ramai yang “familiar” dengan ajaran ini, namun saya akan menerangkan dengan lebih terperinci dari maklumat kajian yang telah saya lakukan.

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun. Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babylon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman. Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7. Mengapakah mereka inginkan tapak ini? Kerana mereka percaya bahawa tapak Haikal Sulaiman ini adalah di mana tempat yang akan munculnya Al-masih mereka iaitu Dajal laknatullah. Selain itu, mereka mencari buku-buku sihir milik syaitan yang telah ditanam oleh Nabi Sulaiman di bawah takhtanya.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun ini lagi sebenarnya Freemason telah bergerak secara bawah tanah. Selepas tahun 1717, ideologi ini di sebarkan besar-besaran. Pat Anderson adalah teraju yang mendirikan Grand lodge of England yang menggabungkan empat lodge menjadi satu. Ramai yang mengatakan gerakan ini bermula dari ordo Knight templar semasa perang salib. Ordo K night templar adalah satu pasukan yang sama-sama berjuang merampas Jurusalem dari Orang Muslim. Ketika itu, Pope Urban II telah berbohong kepada Tentera kristian untuk menimbulkan kemarahan mereka kononya Tentera seljuk Turkey telah membunuh penganut-penganut agama kristian dan membakar gereja-gereja. Selain itu, Pope juga berkata makam Jesus telah di kuasai oleh orang Islam.

Akhirnya perkara ini telah menimbulkan kemarahan tentera Kristian. Peperangan Besar-besaran keatas umat islam telah berlaku pada waktu itu. Selama dua hari peperangan ini berlangsung tanpa belas kasihan dan 40, 000 penganut Islam meninggal Dunia pada waktu itu. Ada sejarawan yang mengatakan bahawa Jurusalem ketika itu di basahi penuh dengan darah. Setelah berjaya menguasai palestin, Tentera salib telah berpecah mengikut kelompok dan di bahagikan mengikut ordo-ordo tertentu. Ordo-ordo ini datang dari seluruh Eropah dan di latih secara militan dengan di biayai oleh biara-biara tertentu. Salah satu Ordo yang terdapat adalah Knight of Templar. Knight of Templer juga di kenali sebagai pengikut Jesus yang miskin dan Kuil Sulaiman. Mereka di kenali sebagai tentera miskin kerana logo mereka yang menunjukkan dua orang Tentera menunggang seekor kuda. Selain itu, tentera ini juga di katakan di paksa makan tiga kali seminggu. Hugh De Paven dan God Frey De St. Omer adalah pengasas kepada ordo ini. Spekulasi dari sejarawan yang mengatakan bahawa terdapat darah yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templer ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno yahudi iaitu Kabbalah. (Mungkin ramai yang tahu bahawa penyanyi madonna pernah mengaku bahawa beliau adalah pengikut kabbalah, namun isu ini saya akan bincangkan dalam bahagian akan datang.)

Walaupun Ordo knight ini di kenali sebagai tentera miskin,sesungguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di awal penubuhan mereka adalah miskin, namun dalam masa singkat mereka telah menjadi Kaya-raya. Mereka menjadi kaya dengan mengawal penuh terhadap penziarah eropah yang datang ke Palestin. Mereka melatih Putera Bangsawan yang tentunya akan memberi dana kepada mereka. Pada masa itu ramai penziarah dari eropah datang untuk menziarah palestin sebagai kota suci. Oleh itu, mereka perlu membawa bekalan yang banyak kerana perjalanan yang jauh. Dengan kesempatan ini Ordo knight Templer mengambil kesempatan dalam perkara ini dan menjadi ejen kepada pengunjung dari eropah yang ingin ke palestin. Mereka juga mengamalkan Bunga yang tinggi sekaligus menjadikan mereka kaya-Raya. Apabila mereka menjadi kaya, mereka menjadi Ordo yang berkuasa dan menunjukkan ciri-ciri sebenar mereka sebagai penganut mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan Iblis(Lucifer). Apa yang mereka praktikan inilah di panggil kabbalah, sebuah tradisi yang mistik yang di amalkan sejak zaman firaun. Kebanyakkan upacara dilakukkan adalah pemujaaan, seks bebas dan pengorbanan jiwa.

Apabila mengetahui hal ini. Raja france, Philip Le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan arahan menangkap dan membubarkan Ordo Knight Templer dan beberapa Grand master telah ditangkap. Menurut saksi, Ordo ini merogol bangsawan-bangsawan wanita sehingga hamil dan bayi hasil hubungan itu di bakar dan minyaknya akan di persembahkan dalm upacara ritual mereka. Pada 1307 juga Raja Philip IV juga mengarahkan menangkap Jacques De Moley. Setelah penyeksaan demi penyeksaan akhirnya dia mengaku segala ritual kuno yang di amalkan oeh Ordo itu. Jacques De moley adalah Grand master terpenting dalam knight of Templer. Akhirnya beliau di bakar hidup-hidup oleh raja Philip IV, di akhir hayat De moley, dia bersumpah bahawa Raja juga akan mati bersamanya. Sejarah mencata Raja philip IV mangkat 7bulan kemudian.

Setelah umum mengetahui dakyah Knight Templer, gerakan ini di buru di serata Eropah. Akhirnya gerakan ini mendapat perlindungan dari Raja Scotland, iaitu Robert The Bruce. Setelah gerakan ini mendapat pembelaan, untuk melindungi identiti telah bertukar nama kepada Freemason. Gerakan ini telahpun menular secara luasnya pada hari ini. Ahli Freemason lah yang bertanggungjawab memerdekakan Negara Amerika Syarikat hingga hari ini menjadi sebuah kuasa dunia yang amat kuat. Jika ada diantara kamu pernah menonton filem “National Treasure” pasti “familiar” dengan kisah Amerika Syarikat dan freemason ini dan itulah hakiki sejarah, tetapi di manipulasi beberapa isu dalam filem itu.

Jadi adakah anda rasa gerakan ini telah berakhir? Dan apakah agenda mereka seterusnya, bagaimana mereka memperdaya agama samawi dengan memesong kebenaran? Adakah mereka telah menjumpai kitab purba milik syaitan yang ditanam oleh Nabi Sulaiman? Semuanya saya akan jawab pada artikel pembongkaran saya yang seterusnya. Sesuai dengan kata seorang pendeta China, Jika seseorang itu kehausan, kamu bagilah setengah cawan air, dan jika dia minta lagi maka bagilah setengah lagi. Jadi persoalan selebihnya akan saya jawab jika mendapat respon baik dari anda semua. Saya Nash, dan beberapa orang lagi rakan saya akan sedaya upaya membongkar rahsia golongan elit ini. Saya suka mendengar nasihat Imam Malik kepada anak muridnya, jika kamu mendapat sesuatu ilmu janganlah kamu mengambil sepenuhnya tanpa mengkaji terlebih dahulu.. sekian.... insyallah akan bersambung dalam artikel saya seterusnya..