Assalamualaikum kepada semua yang terus mengikuti sambungan artikel ini. Terima kasih kepada yang memberi komen, cadangan dan yang menyokong untuk saya terus membongkar rahsia golongan elit atau Freemason ini. Ada yang mencadangkan saya untuk memberi sumber rujukan di setiap risalah yang saya keluarkan. Agak sukar untuk saya berbuat demikian kerana setiap apa yang saya kongsikan adalah dari buah kalam saya hasil dari bacaan beberapa buku, siri –siri dokumentari“The Arrival” yang diarahkan Noreagaa dan Achernahr dan Filem-filem Abdullah Hashem yang banyak membongkar agenda penantian Dajal ini. Dari sinilah banyak maklumat tentang Freemason, Illuminati dan rahsia-rahsia perancangan mereka dapat saya bongkarkan. Sekitar dari sumber inilah rujukan yang saya perolehi. Harap anda berpuas hati dengan sumber rujukan saya nyatakan.
Dalam bahagian yang pertama anda telah mengetahui sejarah-sejarah awal sehingga pertubuhan Freemason ini mampu untuk mendirikan sebuah negara hingga mampu menjadi kuasa dunia yang gah. Apakah perkara paling mudah dilakukan untuk menguasai dunia? Perkara paling mudah dilakukan untuk menguasai dunia adalah dengan menguasai minda. Media memainkan peranan paling penting untuk menjayakan misi ini. Berita dan hiburan adalah antara sumber penting di gunakan media untuk terus mengongkong pemikiran masyarakat di seluruh dunia. Mungkin ada yang sukar untuk terima penyataan ini. Saya akan cuba bongkarkan dan kupaskan rahsia ini satu-persatu.
Hollywood adalah di mana pusat kepada industri perfileman barat. Sedarkah anda bahawa Hollywood berasal dari perkataan “holly wood” iaitu kayu suci digunakan oleh pemuja syaitan untuk membuat tongkat. Namun bukan perkara ini yang ingin saya bincangkan. Sedarkah anda hampir lebih dari seribu filem hollywood cuba memanipulasikan bahawa bangsa Arab sebagai penjahat dalam filem-filem yang dikeluarkan mereka. Perkara ini menyebabkan bangsa Arab di “stereotype” sebagai pengganas oleh masyarakat dunia. Adakah anda sedar bahawa misi ini telah berjaya apabila masyarakat Arab ditindas ramai yang tidak mempedulikan perkara ini, kerana media telah berjaya memanipulasi perkara ini. Lihat sahaja bagaimana pandangan dunia ketika serangan Amerika Syarikat mahupun Israel menyerang negara Timur Tengah. Kebanyakan negara-negara mengambil sikap berkecuali dalam isu ini. Ini membuktikan kejayaan media dalam memanipulasi sifat sebenar masyarakat Arab dan agama Islam. Pada pendapat anda, mengapakah bangsa-bangsa Arab ini menjadi mangsa akan keadaan ini? Sebenarnya kawasan Timur Tengah adalah kawasan dimana wilayah yang ingin dimiliki oleh golongan pemuja syaitan ini untuk menanti ketibaan Dajal. Oleh sebab ini, anda melihat bagaimana negara-negara Arab ditindas terutama Palestin dan tapak Masjid Al-aqsa dikatakan kawasan suci, di mana tempat pemerintahan yang akan dibina untuk Dajal. Oleh yang demikian, Zionist menggali dari bawah stuktur bangunan masjid adalah kerana ingin meruntuhkan monumen itu dan bukan seperti digambarkan mereka bahawa carigali itu adalah untuk mencari tapak Haikal Sulaiman. Hal ini kerana apa yang mereka inginkan dari Haikal Sulaiman telah pun mereka perolehi iaitu kitab-kitab sihir yang tertanam di bawah takhta Nabi Sulaiman. Perkara ini disahkan dan di manipulasi filem “National Treasure” . Filem ini ada menceritakan dimana Ordo Knight of Templer telah menemui khazanah harta karun semasa Perang Salib dan harta karun dimaksudkan adalah buku-buku sihir Kabbala tersebut. Dalam isu yang lepas saya ada menyentuh perkara ini, untuk menguatkan lagi hujah saya, Al-quran turut menceritakan peristiwa di zaman Nabi Sulaiman ini.
( “Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang kufur itu. Akan tetapi, syaitan-syaitan itulah kafir kerana merekalah yang mengajar manusia, mengajarkan ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada malaikat Harut dan Marut di Babil(Babylon). Sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka mensihatinya dan berkata: “sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan untuk iman kamu. Oleh itu, janganlah kamu menjadi kafir.” Dalam pada itu, ada juga yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan seorang suami dengan isterinya. Padahal mereka sama sekali tidak akan dapat memudaratkan seorang pun dengan sihir itu kecuali dengan izin Allah. Dan mereka sebenarnya mempelajari yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (yahudi) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat kebahagiaan di akhirat kelak. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui!”)
-Surah Al-Baqarah- ayat 102
Hiburan melalui muzik juga adalah salah satu senjata di gunakan media untuk menjayakan rancangan yang dibawa oleh aliran Freemason ini. Perkara ini dilakukan khas untuk memastikan semua hidupan manusia dikawal oleh mereka. Penyanyi hari ini sering kali dianggap “idola” oleh masyarakat tidak kira perbezaan umur. Konsep idola sebenarnya telah lama bertapak sejak zaman Mesir Purba dan berjaya dikembalikan pada zaman ini. Namun, sedarkah anda bahawa anda sedang diperdaya untuk mencintai kehidupan dunia dan melupakan agama dan akhirat? Kebanyakan penyanyi hari ini juga membawa pakej “simbol seks” dan membuatkan mereka lebih diminati dan diikuti. Adakah anda sedar?
Sedarkarkah anda bahawa terdapat beberapa lagu yang jika diamati betul-betul liriknya mereka sedang memuja “Tuhan” mereka iaitu Dajal bukan untuk kekasih seperti di gambarkan. Antara lagu yang di maksudkan adalah lagu “Frozen” dan beberapa lagi lagu nyanyian Madonna dan juga lagu “Umbrella” nyanyian Rihanna. Kebanyakan dari penyanyi ini juga turut menjadi ahli Freemason antaranya Madonna yang mengaku mengamalkan “Kabbala” iaitu pemujaan syaitan yang diamalkan masyarakat yahudi sejak zaman Mesir Purba. Jelas industri hiburan telah berjaya digunakan sepenuhnya golongan ini untuk memperdaya masyarakat hari ini. Namun jika ada yang mengetahui misi mereka, cuba menerangkan agenda mereka secara kiasan melalui muzik atau keluar dari agenda yang cuba mereka sampaikan maka individu itu akan cuba dihapuskan atau dimalukan. Adakah anda rasa kematian Michael Jackson dan Bob Marley adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan? Mereka cuba menghapuskan amalan-amalan perkauman dalam lagu-lagu mereka dan juga menjauhkan sifat-sifat kebencian di antara manusia. Mereka menyembuhkan amalan ini dengan membawa lagu bertema kasih sayang. Bob Marley di tembak ketika hendak pergi ke suatu persembahan keamanan. Dua hari kemudian setelah ditembak, di naik ke pentas tersebut dan menyanyi. Ada diantara peminat menanyakan soalan kepdanya, mengapa semua ini berlaku? Dia menjawab, “Orang-orang yang ingin untuk memburukkan dunia ini tidak pernah untuk berhenti mencuba.” Michael Jackson yang terkenal dengan lagu-lagu keamanan dan perpaduan dibunuh ketika dalam persiapan untuk mengadakan konsert jelajahnya. Adakah anda sedar perkara-perkara ini?
Lihatlah bagaimana liciknya kuasa ghaib ini mengawal kehidupan kita melalui media, mungkin sukar ada di antara kita untuk menerima kenyataan ini. Tetapi percayalah ini agenda terancang. Banyak lagi agenda-agenda tersembunyi ini yang akan saya kupas dalam isu akan datang. Bagaimana wujudnya perselisihan pendapat di kalangan agama samawi, upacara-upacara yang dijalankan golongan ini dan lain-lain agenda yang dijalankan mereka semuanya telah di rancang dengan teliti, insyallah saya akan kongsikan dalam bahagian-bahagian seterusnya. Diharap anda terus menyokong perkongsian ini dan saya meminta anda terus menyebarkan kepada umum pembongkaran ini. Terima kasih kerana terus menyokong...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan