Sabtu, 24 September 2011

Lidah Tun Dr. Mahathir Tiba-tiba Tumpul?






Sebut sahaja nama Tun Dr. Mahathir pasti ramai yang mengagumi kehebatan buah fikiran dan kelantangan Negarawan ini, Termasuk diri saya sendiri turut mengagumi kehebatan beliau. Banyak kejayaan-kejayaan yang dikecapi Negara pada era pemerintahan beliau sekaligus meletakkan Malaysia ke suatu peringkat yang lebih tinggi di mata dunia. Selain terkenal dengan kejayaan-kejayaan yang mengharumkan nama Negara, beliau juga turut terkenal dengan kelantangan beliau di peringkat antarabangsa. Setiap kali diadakan perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pastinya dunia akan tertumpu kepada ucapan yang akan disampaikan negarawan terulung ini. Dalam 22 tahun beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri banyak yang beliau telah lalui, dari pengalaman Manis hingga pahit. Namun nama beliau terus dijulang sehingga ke hari ini sebagai negarawan terbilang.

Namun selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri, Beliau terus menjadi sumber rujukan dan mengkritik kerajaan jika beliau ternampak kelompangan dalam pentadbiran. Di era pemerintahan Tun Abdullah Badawi, Tun Dr. Mahathir banyak mengkritk pada era pemerintahan beliau. Turut terlibat dalam perbalahan ini adalah menantu kepada Tun Abdullah iaitu Khairy Jamaluddin. Khairy dilihat cuba untuk mencampuri urusan pentadbiran Negara. Tun Dr. Mahathir bertindak mengkritik tindakan Khairy jamaluddin pada ketika itu.

Namun berbeza hari ini pada era pentadbiran Dato’ seri Najib, campurtangan orang luar dalam pentadbiran Negara terus berlaku, dari isu Apco sehingga hari ini sifat “first lady” Rosmah Mansor ,dilihat “Over Shadow’ dalam pentadbiran suaminya. Rosmah seolah-olah berada dalam Kabinet jemaah menteri yang memegang banyak portfolio, kadangkala dilihat memegang portfolio Menteri pelajaran, sibuk dengan program permata Negara, kadangkala pula, “First lady” ini dilihat memegang portfolio Menteri Luar,sibuk menjaga hubungan diplomasi Negara di peringkat global dengan pelbagai program.

Apabila berlaku perkara ini, saya terfikir kemana hilang kelantangan Tun Dr. Mahathir?, seolah-olah Tun Dr. Mahathir juga menghalalkan tindakan Rosmah Mansor. Lidah Tun Dr. Mahathir tumpul bila berhadapan dengan Rosmah. Adakah Tun Dr. Mahathir menghalalkan tindakan Rosmah kerana Dr. Mahathir terpikat dengan keayuan Rosmah Mansor? Sama-sama kita renungkan.



Ahad, 18 September 2011

Taraf Warganegara Telah Dilacurkan



Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Sumber : Keadilan Daily.

Pelik dengan sikap sesetengah manusia. Demi kepentingan diri maruah Negara habis di gadai. Rakyat Bangladesh dan Indonesia diberi kerakyatan untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional diSelangor dan merampas kembali beberapa lagi negeri yang mereka tewas pada pilihanraya dahulu. Saya tuntut anak muda khasnya bangkit. Jangan benarkan kerakyatan kita dilacurkan mana-mana pihak. Jangan biarkan diperbodohi oleh sesiapapun.

Khamis, 15 September 2011

Pejuang Bangsa Melayu Menghapuskan Tulisan Jawi?


Ramai yang mungkin tidak sedar, Tulisan bagi bahasa Melayu adalah tulisan jawi pada suatu ketika dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu yang masyhur seperti kerajaan melayu Melaka menggunakkan tulisan jawi dalam penulisan seharian mereka, termasuk dalam urusan rasmi kerajaan. Masyarakat melayu pada ketika itu, Menggunakkan tulisan jawi selepas kedatangan islam ke tanah melayu. Sejak itu, tulisan jawi digunakkan secara komersial dan mninggalkan tulisan lama iaitu tulisan Rencong. Selepas menerima islam, kerajaan-kerajaan melayu terus membina empayar dan penguasaan dalam perdagangan, terutama perdagangan rempah, sehingga dicemburui kuasa-kuasa lain. Bahasa melayu juga diangkat sebagai “Lingua Franca” sekaligus tulisan jawi juga turut diangkat sebagai medium bagi tulisan Bahasa Melayu.

Contoh : Tulisan Rencong


Namun hari ini, Kegemilangan tulisan Jawi hanya tinggal kenangan. Kerajaan Malaysia umumnya dan orang Melayu khasnya tidak lagi mengangkat tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Tulisan jawi telah digantikan dengan tulisan rumi, Hasil dari pengaruh penjajah British. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Pastinya yang bertindak menghapuskan tulisan Jawi ini adalah kerajaan yang memerintah yang kononnya memperjuangkan nasib melayu iaitu United Malay National Organisation (UMNO). Perjuangkan nasib melayu sehingga tergadai tulisan Jawi yang kita banggakan.

Perkara ini boleh saya klasifikasikan sama seperti pengorbanan yang dibuat oleh Mustafa Kamal Athartuk kepada kerajaan turki. Selain mengubah azan dalam bahasa Turki, Mustafa bertindak melatinkan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab. Kesannya sama seperti di Malaysia, Apabila Orang Melayu tidak mahir dalam tulisan jawi menyebabkan sukar dalam membaca Al-quraan. Adakah UMNO juga adalah alat penjajah seperti Mustafa Kamal Athartuk untuk merosakkan akidah umat Islam? Wallahualam...


Selasa, 13 September 2011

Dimana keaslian lagu “Negaraku”?



` Barangkali ramai yang tidak tahu, dari mana asal-usul lagu “Negaraku” yang menjadi Lagu kebangsaan bagi Negara Malaysia. Lagu ini yang menjadi kebanggaan Rakyat Malaysia. Namun sebelum layak dibanggakan, kita Harus tahu sejarah dan asal-usul lagu “Negaraku” ini.

Lagu ini dikatakan diambil dari lagu "La Rosalie" yang digubah oleh Pierre-Jean de BĂ©ranger (1780-1857), Komposer Perancis. Iagu ini menjadi sebuah lagu Perancis yang popular, dan tersebar sehingga kepulauan Mahe di Seychelles. Populariti lagu yang tersebar diseluruh wilayah yang diduduki Perancis di Lautan Hindi dan sampai sejauh sebagai Kepulauan Melayu pada lewat abad ke-19.

Kemudian melodi lagu ini menjadi lagu negeri Perak dengan tajuk "Allah Teruskan Usia. Lagu negeri ini telah dicipta semasa lawatan negara Sultan Idris Perak ke England pada tahun 1888. Baginda sedar bahawa lagu negeri tidak wujud untuk menyambut Sultan. Dalam pada itu, Raja Mansur Ibni Sultan Abdullah, tidak berani untuk memberitahu bahawa lagu kebangsaan tidak wujud dan begitu sebaliknya beliau meminati lagu dari Seychelles, melodi yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger. Selepas baginda bertitah kepada Sultan mengenainya, sultan menerima lagu itu sebagai lagu. Lirik lagu Allah Teruskan Usia Sultan' telah ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Lagu itu kemudiannya di jadikan lagu opera oleh bangsawan Indonesia , yang kemudian membuat persembahan di Singapura. Dalam masa yang singkat , melodi lagu ini menjadi sangat popular dan telah diberikan nama lagu 'Terang Bulan (Bright Moon)'. Selain daripada maruah dan martabat sebagai Lagu Negeri Perak, melodi lagu ini menjadi lagu hiburan yang amat popular dan diminati pada tahun 1920 dan 1930. Lagu itu juga dieja sebagai 'Terang Boelan'.

Rakaman tertua lagu ini di Indonesia yang dikenali "Terang Boelan" telah dicipta oleh Hague krontjong ensemble Eurasia di London (Edison Bell Studio) pada tahun 1928. Eurasia adalah band yang dibentuk oleh pelajar-pelajar Indonesia dari Leiden dan Delft dan Maks Hannie memainkan gitar krontjong (keroncong). Kemudian, Lagu "Terang Boelan" terkenal di Indonesia dan Belanda sejak akhir tahun 1930-an. "Terang Boelan" dinyanyikan semula oleh Penyanyi Saiful Bahri pada tahun 1938. Lagu ini telah digubah dalam berbagai versi dan dinyanyikan oleh ramai penyanyi, dari penyanyi Indonesia mahupun Belanda. Pada tahun 1947, Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenades mengubah lagu ini dengan judul "Mamula Moon".

Kemudian lagu ini diangkat menjadi lagu kebangsaan Negara, dengan judul ‘Negaraku’. Saya berharap para pembaca merenung sejenak, adakah layak melodi lagu ini dijadikan melodi lagu kebangsaan?. Teringat peristiwa, ketika konfrentasi Malaysia dan Indonesia, Soekarno memasang Lagu ‘Terang Boelan’ ketika kunjungan Tunku Abdul Rahman ke Indonesia, bertujuan menghina lagu ‘Negaraku’. Boleh saya katakan lagu ‘Negaraku’ tidak mempunyai nilai identitinya yang tersendiri untuk diangkat dan dijulang selaku lagu kebangsaan. Amat memalukan bagi kita yang bergelar rakyat Malaysia. Kerana lagu kebangsaan sering berkait rapat dengan Maruah sesebuah Negara.

Sabtu, 10 September 2011

Tanah Melayu mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah?


Rasanya masih ramai yang berada dalam “mood” Merdeka, walaupun sudah 10 hari tarikh 31 ogos meninggalkan kita, sambil menunggu sambutan hari Malaysia yang bakal berkunjung tiba. Setiap kali menjelang tarikh kemerdekaan pastinya ada pihak yang bangga dengan status kemerdekaan Negara yang dicapai melalui rundingan tanpa mengangkat senjata dan pertumpahan darah. Benarkah kemerdekaan kita dicapai tanpa pertumpahan darah para pembaca sekalian? Selain daripada itu, tidak kurang pihak luar yang memperlekeh kemerdekaan kita yang dicapai hanya dengan rundingan dan terpaksa menerima perlembagaan yang ditulis oleh penjajah demi untuk mengecapi laungan keramat “merdeka!”. Dimana nilai kemerdekaan yang kita kecapi kita hari ini?
Benarkah kemerdekaan yang kita capai tanpa pertumpahan darah? Benar, perjuangan United Malay National Organization ( UMNO) dalam menuntutu kemerdekaan tanpa menitiskan darah dan keringat. Perjuangan UMNO amat disenangi British, Apa sahaja telunjuk British pastinya UMNO akan ikuti dan pimpinan UMNO sendiri adalah pegawai-pegawai atasan yang bekerja dengan British. Jadi jelas bahawa memang terdapat pengaruh British dalam pentadbiran UMNO. Boleh saya klasifikasikan bahawa Malayan Union ditubuhkan kerana member peluang kepada UMNO untuk mengimbangi golongan kiri yang terdiri dari PKM, Hizbul muslimin, AWAS, API dan lain-lain, Oleh sebab itu, tercetus UMNO untuk menjadi platform British ketika itu. Kemudian, segala pertubuhan kiri yang lain diharamkan kecuali UMNO untuk memperlihatkan kepda umum hanya UMNO pejuang kebangsaaan yang tunggal.
Setelah semua pertubuhan diharamkan, beberapa pimpinan pertubuhan ditahan dan dibunuh oleh tentera British. Saki-baki pejuang pertubuhan kiri tiada pilihan untuk menyertai perjuangan mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun kebanyakan dari pejuang ketika itu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Dr. Burhaniddin Al-Helmi bukan dari ideologi komunis, namun mereka tetap bersama PKM demi menentang penjajah British dari tanah Melayu pada ketika itu.
Namun, British mengiktiraf perjuangan UMNO bersama Parti Perikatan dan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Namun kemerdekaan yang dijalankan melalui pintu rundingan itu perlu memenuhi beberapa tuntutan British antaranya menerima perlembagaan ciptaan mereka. PKM tidak mempersetujui perkara ini, Setelah rundingan menemui jalan buntu. Atas faktor itu, PKM menyerang kerajaan pada ketika itu yang dilihat mengikut telunjuk British. Namun perjuangan PKM dipatahkan, hasilnya kita masih lagi menggunakkan perlembagaan penjajah, Lagu negaraku yang diciplak menerusi lagu “Terang Bulan”, Bendera Jalur gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat dan banyak lagi kebobrokan yang kita hadapi hasil dari perjuangan UMNO.
Dari peristiwa ini pastinya para pembaca dapat menilai, Benarkah kemerdekaan yang kita perjuangkan tidak berdarah? Sama-samalah kita renungkan. Nasihat saya kepada golongan muda. Jangan benarkan sesiapapun memperbodohkan fakta sejarah Negara kita. Kerana sejarah milik kita. Relakah kita dan anak cucu kita terus dipermomokan dengan sejarah yang dimanipulasi demi kepentingan sesetengah pihak? Sama-samalah kita renungkan.

Jumaat, 9 September 2011

Holocaust dan Bukit Kepong


Asalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca sekalian, Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis sebarang coretan dalam ruangan ini. Namun dewasa ini, terdapat beberapa isu dan perkara membuatkan saya ingin kembali aktif diruangan ini. Saya sangat tertarik dengan isu yang digemburkan oleh media massa ketika ini, yang hangat membicarakan isu Bukit Kepong yang mewujudkan persoalan dibenak masyarakat Malaysia hari ini, samaada komunis adalah pejuang atau pengkhianat?
Dalam peristiwa Bukit Kepong ini, boleh saya klasifikasikan bahawa peristiwa ini mempunyai persamaan dengan peristiwa holocaust yang berlaku pada era pemerintahan Nazi. holocaust adalah peristiwa dimana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Nazi terhadap Kaum yahudi. Peristiwa yang berlaku ini menyebabkan dunia simpati terhadap Kaum yahudi sehingga dengan sokongan dan bantuan PBB sebuah Negara haram yahudi tertubuh dengan nama Israel dipeta dunia. Namun selepas berdekad-dekad peristiwa holocaust berlalu, Kajian demi kajian membuktikan peristiwa holocaust atau pembunuhan beramai-ramai keatas kaum yahudi oleh tentera Nazi ini adalah suatu Pembohongan. Hasil dari pembohongan ini, yahudi Berjaya membina sebuah Negara kota dan mendapat sokongan masyarakat dunia.
Hal ini juga, saya lihat tidak jauh beza dengan peristiwa Bukit Kepong. Saban tahun menjelang kemerdekaan media akan mengecam serangan komunis di Bukit Kepong. Komunis dilabel sebgai pengkhianat kerana menyerang Rumah Pasong (Balai Polis) di bukit Kepong. Ingin saya ingatkan pada pembaca sekalian bahawa peristiwa ini berlaku pada 23 Febuari 1950, semestinya ketika itu pada era penjajahan British. Jadi di Balai Polis ketika itu pastinya yang bertugas adalah pegawai British dan Tali Barut British. Apa yang dapat disimpulkan adalah, Komunis dan beberapa pejuang termasuk Mat Indera, yang menyerang bukit kepong menyerang British. Perkara ini pasti dapat menjawab persoalan bahawa Mat Indera dan Komunis yang menyerang Rumah pasong ketika itu pejuang atau pengkhianat?
Namun Saban kali menjelang kemerdekaan Komunis dilabel penganas. Walhal sedarkah kita United Malay National Organisation (UMNO) cuba menidakkan perjuangan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan yang lain dengan melabelkan mereka sebagai penganas atau memadamkan sejarah perjuangan mereka sekaligus cuba mengangkat UMNO sebagai pejuang tunggal kemerdekaan. Mereka bukan sahaja menidakkan perjuangan PKM malah perjuangan KMM, Hizbul Muslimin dan lain-lain pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan pada ketika itu. Perkara ini menyebabkan Buku-buku teks sejarah mahupun segala bahan sejarah terus dimanipulasi demi kepentingan dan kedudukan UMNO hari ini.
Saya menyeru kepada semua pembaca terutama anak muda agar terus menyebarkan kebenaran. Sejarah bukan milik kerajaan, sejarah milik kita. Jangan biarkan anak cucu kita terus dijahilkan dengan catatan sejarah sebegini. Masyarakat seharusnya bangkit dalam meneliti sejarah melalui pena’kulan Mantiq agar tidak terus diperbodohi oleh sesiapapun demi kepentingan mereka.
`

Ahad, 9 Januari 2011

Prof. Khoo Kay Kim Tolak AUKU

Asalamualaikum.. Kecoh di kalangan "student" UNiSEL yang kononnya rajin mengkaji dan membaca bahawa prof. Khoo Kay Kim Menolak Akta AUKU atas sebab beliau tidak mengiktiraf gerakan Pelajar 60'an. Yang membuat provokasi terus membuat provokasi yang menyokong terus mengikut. Kesian kepada pengikut yang kononnya rajin membaca turut di tipu oleh si pembawa provokasi. Prof. Khoo Kay Kim menolak gerakan 60'an kerana bagi beliau gerakan pelajar itu antara punca tercetus perpecahan kaum sehingga membawa peristiwa 13 Mei. Sebagai seorang yang berjiwa "Malaysia" pastinya beliau tidak akan menyokong terhadap gerakan ini. Pindaan AUKU perlu dilaksanakan segera. Walau apapun nasihat saya kaji sebelum mengeluarkan statement".

CADANGAN Kementerian Pengajian Tinggi yang ingin meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada akhir bulan Mac lepas sepatutnya dilaksana segera. Perkara ini hangat di bincangkan selepas cadangan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin yang ingin meminda akta tersebut.

Antara sebab akta tersebut perlu dipinda, Datuk Seri Khalid berkata kerana menyekat kreativiti mahasiswa dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.

Namun perkara itu seolah-olah hanya tinggal cadangan semata-mata kerana tidak nampak perubahan positif kearah pelaksanaan cadangan tersebut. Banyak pihak tertanya-tanya terutama, di peringkat mahasiswa, mengenai sejauh mana kesungguhan cadangan ini ingin dilaksanakan.

Antara pihak yang memberi respon berkenaan cadangan ini, Profesor Universiti Malaya, iaitu Prof Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata pindaan itu wajar dilaksanakan kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan untuk lebih bersedia berdepan dunia global.

Mengimbas pelaksanan AUKU sejak 37 tahun lalu, beliau berkata, tindakan Menteri Pelajaran ketika itu seolah-olah mengongkong kebebasan pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka memimpin yang sepatutnya digilap ketika berada di kampus.

Malah katanya, peraturan yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negara maju itu turut mengehadkan kreativiti pelajar terus aktif dalam pelbagai kegiatan terutama politik, di samping mengemukakan pandangan masing-masing.

Selain beliau, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak juga berpendapat sebarang kajian semula atau perubahan terhadap AUKU perlu memberi fokus kepada usaha penambahbaikan akta itu bagi kepentingan penuntut dan universiti dari semasa ke semasa.

Beliau juga berkata, kalau apa-apa tindakan atau perubahan ia mesti bersifat penambahbaikan dan perubahan untuk menjadikan AUKU lebih relevan dengan tuntutan masa.

Manakala Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Tan Sri Prof Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali berkata, kelonggaran yang perlu di berikan membenarkan mahasiswa mewujudkan program berbentuk politik seperti berdebat dan mengemukakan pandangan bernas perlu digalakkan.

“Mahasiswa adalah generasi muda yang matang, berfikiran terbuka dan sedia menerima pandangan sama ada daripada parti pembangkang mahupun parti pemerintah. Senario ini menjadikan mahasiswa lebih rasional dalam membuat keputusan. Kematangan ini sebagai persediaan mereka menjadi lebih dinamik serta mempunyai keyakinan terus bersaing pada peringkat global” ujarnya.

Selain itu, hasil undian yang dijalankan oleh TV3 juga menunjukkan 91 % menyokong akta tersebut dipinda. Melihat kepada respon positif banyak pihak ini, Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya melaksanakan cadangan tersebut secepat mungkin.

Ini kerana ia penting untuk melahirkan modal insan berkualiti yang mampu bersaing di peringkat global, memberi pandangan yang bernas serta mampu bergiat aktif dalam kegiatan yang membina aspek kepimpinan mahasiswa.