Asalamualaikum.. Kecoh di kalangan "student" UNiSEL yang kononnya rajin mengkaji dan membaca bahawa prof. Khoo Kay Kim Menolak Akta AUKU atas sebab beliau tidak mengiktiraf gerakan Pelajar 60'an. Yang membuat provokasi terus membuat provokasi yang menyokong terus mengikut. Kesian kepada pengikut yang kononnya rajin membaca turut di tipu oleh si pembawa provokasi. Prof. Khoo Kay Kim menolak gerakan 60'an kerana bagi beliau gerakan pelajar itu antara punca tercetus perpecahan kaum sehingga membawa peristiwa 13 Mei. Sebagai seorang yang berjiwa "Malaysia" pastinya beliau tidak akan menyokong terhadap gerakan ini. Pindaan AUKU perlu dilaksanakan segera. Walau apapun nasihat saya kaji sebelum mengeluarkan statement".
CADANGAN Kementerian Pengajian Tinggi yang ingin meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada akhir bulan Mac lepas sepatutnya dilaksana segera. Perkara ini hangat di bincangkan selepas cadangan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin yang ingin meminda akta tersebut.
Antara sebab akta tersebut perlu dipinda, Datuk Seri Khalid berkata kerana menyekat kreativiti mahasiswa dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.
Namun perkara itu seolah-olah hanya tinggal cadangan semata-mata kerana tidak nampak perubahan positif kearah pelaksanaan cadangan tersebut. Banyak pihak tertanya-tanya terutama, di peringkat mahasiswa, mengenai sejauh mana kesungguhan cadangan ini ingin dilaksanakan.
Antara pihak yang memberi respon berkenaan cadangan ini, Profesor Universiti Malaya, iaitu Prof Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata pindaan itu wajar dilaksanakan kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan untuk lebih bersedia berdepan dunia global.
Mengimbas pelaksanan AUKU sejak 37 tahun lalu, beliau berkata, tindakan Menteri Pelajaran ketika itu seolah-olah mengongkong kebebasan pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka memimpin yang sepatutnya digilap ketika berada di kampus.
Malah katanya, peraturan yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negara maju itu turut mengehadkan kreativiti pelajar terus aktif dalam pelbagai kegiatan terutama politik, di samping mengemukakan pandangan masing-masing.
Selain beliau, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak juga berpendapat sebarang kajian semula atau perubahan terhadap AUKU perlu memberi fokus kepada usaha penambahbaikan akta itu bagi kepentingan penuntut dan universiti dari semasa ke semasa.
Beliau juga berkata, kalau apa-apa tindakan atau perubahan ia mesti bersifat penambahbaikan dan perubahan untuk menjadikan AUKU lebih relevan dengan tuntutan masa.
Manakala Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Tan Sri Prof Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali berkata, kelonggaran yang perlu di berikan membenarkan mahasiswa mewujudkan program berbentuk politik seperti berdebat dan mengemukakan pandangan bernas perlu digalakkan.
“Mahasiswa adalah generasi muda yang matang, berfikiran terbuka dan sedia menerima pandangan sama ada daripada parti pembangkang mahupun parti pemerintah. Senario ini menjadikan mahasiswa lebih rasional dalam membuat keputusan. Kematangan ini sebagai persediaan mereka menjadi lebih dinamik serta mempunyai keyakinan terus bersaing pada peringkat global” ujarnya.
Selain itu, hasil undian yang dijalankan oleh TV3 juga menunjukkan 91 % menyokong akta tersebut dipinda. Melihat kepada respon positif banyak pihak ini, Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya melaksanakan cadangan tersebut secepat mungkin.
Ini kerana ia penting untuk melahirkan modal insan berkualiti yang mampu bersaing di peringkat global, memberi pandangan yang bernas serta mampu bergiat aktif dalam kegiatan yang membina aspek kepimpinan mahasiswa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan