Ingin saya kongsikan kepada semua, Akibat bahana dari pemerintah sekularisme yang memisahkan islam dengan politik, Seorang mahasiswa berjumpa saya dan mempertikaikan kononya islam dan Politik sesuatu yang berbeza, Oleh itu hari ini saya mengambil inisiatif untuk menerangkan perkara ini.
Imam Hassan Al-Banna telah mendapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan eropah setelah mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan. Beliau menarik perhatian tentang bahayanya kesilapan besar ini yang telah dilakukan oleh para pemerintah dengan memisahkan islam dari politik pentadbiran dan pengurusan umat.
Beliau mengistiharkan bahwa para pemerintah dan ahli politik di negara-negara islam telah merosakkan cita rasa islam dari kepala-kepala mereka, pandangan islam dari jiwa-jiwa mereka dan keindahan islam dari suasana mereka. Ini berdasarkan kepercayaan, dakwaan dan kerja mereka yang selalunya memisahkan antara ajaran agama dan keperluan politik.
Beliau berkata "ini adalah bibit bibit kemusnahan dan kehinaan". Imam Hassan Al-Banna menegaskan Islam adalah agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan. Beliau mengkritik tindakkan memisahkan agama dan politik. Beliau menyatakan mana-mana gerakan islam yang matlamatnya tidak mengandungi bidang politik adalah tidak menurut konsep islam yang syumul.
Semasa muktamar ikhwanul muslimun yang diadakan pada bulan Muharram tahun 1357H belaiu berkata " Aku berani menegaskan dengan berterus terang bahawa seorang islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat urusan umat islam, memberi perhatian kepadanya dan ghairah denganya. Aku berani berkata pemisahan dan batasan ini tidak diakui oleh islam. Setiap jamaah islam hendaklah meletakkan program utamanya dengan memberi perhatian kepada urusan politik umat islam. Jika tidak, jamaah tersebut memerlukan pemahaman makna islam."
Benarlah realiti yang menyatakan " tiada kebaikkan pada agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikkan pada politik yang tiada agamanya didalamnya ". Sebaliknya ia adalah politik kafir yang ditolak. Islam datang dengan siasah untuk membahagiakan manusia di dunia dan di akhirat, siasah yang memlihara semua kebajikan mereka. Ketika semua umat islam mensiasahkan diri mereka dan orang lain dengan siasah ini mereka akan bahagia dan membahagiakan orang yang berada dibawah mereka. Mereka akan hidup dalam keadaan aman sementara nyawa, harta dan kehormatan mereka akan selamat.
kalau ada yang kata islam is SUKs??~
BalasPadamapa pendekatan ko??
pada pandangan saya umat islam perlu membersihkan imej dan pandangan terhadap islam, kerana hari ini kita lihat bahawa ideologi sekular berjaya membawa persepsi negatif kepada Islam dan orang islam sendiri terpedaya dengan agenda ini.
BalasPadamsalam hormat...saudara boleh jelaskn apakah kontex agama dn kontex politik...dan bolehkah saudara cari dn berikan bukti yg kukuh yg islam dn politik adalah same??? bg pendapat saya islam hanya mengajar umatnya untuk memerintah secara adil..tetapi tidak dinyatakan dalam al-quran mahupon hadis junjungan nabi muhammad SAW yg menyatakan islam adalah poitik...
BalasPadam