Sabtu, 24 September 2011

Lidah Tun Dr. Mahathir Tiba-tiba Tumpul?






Sebut sahaja nama Tun Dr. Mahathir pasti ramai yang mengagumi kehebatan buah fikiran dan kelantangan Negarawan ini, Termasuk diri saya sendiri turut mengagumi kehebatan beliau. Banyak kejayaan-kejayaan yang dikecapi Negara pada era pemerintahan beliau sekaligus meletakkan Malaysia ke suatu peringkat yang lebih tinggi di mata dunia. Selain terkenal dengan kejayaan-kejayaan yang mengharumkan nama Negara, beliau juga turut terkenal dengan kelantangan beliau di peringkat antarabangsa. Setiap kali diadakan perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pastinya dunia akan tertumpu kepada ucapan yang akan disampaikan negarawan terulung ini. Dalam 22 tahun beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri banyak yang beliau telah lalui, dari pengalaman Manis hingga pahit. Namun nama beliau terus dijulang sehingga ke hari ini sebagai negarawan terbilang.

Namun selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri, Beliau terus menjadi sumber rujukan dan mengkritik kerajaan jika beliau ternampak kelompangan dalam pentadbiran. Di era pemerintahan Tun Abdullah Badawi, Tun Dr. Mahathir banyak mengkritk pada era pemerintahan beliau. Turut terlibat dalam perbalahan ini adalah menantu kepada Tun Abdullah iaitu Khairy Jamaluddin. Khairy dilihat cuba untuk mencampuri urusan pentadbiran Negara. Tun Dr. Mahathir bertindak mengkritik tindakan Khairy jamaluddin pada ketika itu.

Namun berbeza hari ini pada era pentadbiran Dato’ seri Najib, campurtangan orang luar dalam pentadbiran Negara terus berlaku, dari isu Apco sehingga hari ini sifat “first lady” Rosmah Mansor ,dilihat “Over Shadow’ dalam pentadbiran suaminya. Rosmah seolah-olah berada dalam Kabinet jemaah menteri yang memegang banyak portfolio, kadangkala dilihat memegang portfolio Menteri pelajaran, sibuk dengan program permata Negara, kadangkala pula, “First lady” ini dilihat memegang portfolio Menteri Luar,sibuk menjaga hubungan diplomasi Negara di peringkat global dengan pelbagai program.

Apabila berlaku perkara ini, saya terfikir kemana hilang kelantangan Tun Dr. Mahathir?, seolah-olah Tun Dr. Mahathir juga menghalalkan tindakan Rosmah Mansor. Lidah Tun Dr. Mahathir tumpul bila berhadapan dengan Rosmah. Adakah Tun Dr. Mahathir menghalalkan tindakan Rosmah kerana Dr. Mahathir terpikat dengan keayuan Rosmah Mansor? Sama-sama kita renungkan.



4 ulasan:

  1. nie maknenye Rosmah serba boleh, kalo dah name pembangkang membangkang je..

    BalasPadam
  2. Tun Mahathir dah tua. sya pnah adakan program minum ptg bersama beliau dan mmgbeliau kurang berckp atas faktor kesihatan.

    Kaji balik peranan isteri kepada perdana menteri mesti anda faham. Itu bukan tugas menteri luar.

    Kurang pengetahuan tapi nk tulis blog. Haishh memalukan la.

    BalasPadam
  3. haha.. jangan nak buat lawak... sejak bila ada tugas khusus dalam kerajaan khas untuk "First lady"?

    BalasPadam
  4. Mulut dah d sumbat..zaman Pak Lah x d layan..

    BalasPadam