Selasa, 10 Julai 2012

Akhirnya Uncle Seekers menemui "Hantu" Sebenar


Kerana kesibukan yang teramat, rasanya sudah terlalu lama saya tidak mencoret sebarang coretan disini. Namun dewasa ini, terdapat pelbagai permasalahan yang timbul, sehingga membuatkan saya rasa perlu menghunuskan lidah yang tajam ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. selain dari seruan dari Rakan-rakan seperjuangan Kincir Tua dan Safuan Azari membuatkan saya semakin teruja meneruskan coretan disini.

Saya tertarik dengan berita yang sedang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini berkenaan uncle seekers. Sebut sahaja nama ini pastinya ramai yang akan membayangkan aktiviti paranormal yang beliau jalankan sehingga pernah menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Program yang menguji keberanian para peserta program tersebut.

Namun sejak akhir-akhir ini, Uncle Seekers berjaya menemui hantu sebenar apabila membongkar kehidupan mewah kerabat diraja Johor. Beliau membongkarkan akan kerakusan dan kezaliman kerabat Diraja Johor. Beliau membongkarkan beratus koleksi kereta mewah dan pelbagai jenis Helikopter milik kerabat Diraja Johor. Selain itu, Uncle Seekers membongkarkan kehidupan kerabat Diraja yang jelas tidak mencerminkan selaku ketua agama. Sedangkan rakyat Johor hari ini ada yang hidup dalam keadaan yang daif dan sehelai sepinggang. walhal sultan hari ini mengumpul harta dengan penuh rakus.

Saya teringat akan kisah dizaman Khulafa’ Ar-rasyiddin, Bagaimana Saidina Umar dipertikai berkenaan Harta rampasan berupa kain. pada suatu ketika setelah barang-barang daripada Parsi antaranya kain yang dirampas daripada peperangan menentang kerajaan Parsi , Saidina Umar membahagikan kain-kain berkenaan kepada penduduk Madinah. keesokanya masing-masing memakai baju yang dibuat daripada kain berkenaan, Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang dibahagi-bahagikan itu, lalu bangun seorang sahabat dan berkata, Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat tuan.. Saidina Umar berkata kepadanya, Kenapa kamu berkata demikian? Sahabat itu bertanya pula, dari mana kamu ambil baju yang dipakai ini? Kerana mengikut pembahagian semalam tidak padan kain itu dengan tubuh kamu, kerana kain yang kamu dapat semalam sedikit sahaja. Lalu Saidina Umar menyuruh anaknya bangun, bangun wahai Abdullah!! Lalu Abdullah bin Umar menyatakan bahawa saya memberikan bahagian saya kepada ayah saya. (untuk melengkapkan jadi sehelai baju). Sahabat itu berkata, sekarang saya mendengar dan saya taat. Ini menggambarkan bagaimana amalan yang dilaksanakan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Namun apa yang dilakukkan Uncle seekers hari ini membuatkan saya teringat akan sebuah hadith:
"Jihad yang paling utama ialah berkata benar dihadapan pemimpin yang menyeleweng" -Hadis riwayat Tirmizi dan Abu Daud (Taraf hadis hasan)

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia usah gentar menentang kebatilan. Usah bersama dengan golongan yang melakukan kemungkaran. Sedangkan khalifah terdahulu sedia menerima sebarang teguran dan nasihat. Apetah lagi sultan hari ini. Semoga uncle diadili dengan adil . Justice for Uncle!!!...

5 ulasan:

  1. hadis dengan cerita yang ko babitkan sultan johor tu langsung tak dak kena mengena.

    emmm... apa yang dimaksudkan dengan "walhal sultan hari ini mengumpul harta dengan penuh rakus."

    emmm penulis percaya pada uncle seekers atau percaya pada Qado & Qadar Allah ?

    BalasPadam
  2. uncle seeker positif dadah.apekes????

    BalasPadam
  3. tipikal pembanGang Melayu kat Malaysia..
    benda yang remeh diperbesar2kan..konon kata "UMNGOK-UMNGOK", tapi kau sendiri bersekolah dibawah kerajaan UMNGOK tu la bongok..dasar kacang lupakan kulit..menulis tak ada isu..stupid malays ! duk sibuk ckp pemerintah sana sini..kau pimpin dulu diri kau..cukupkan sembahyang 5 waktu..pimpin keluarga kau..bukan sokong mana-mana parti..jgn terpengaruh dengan parti..matang la sikit..

    FUCK U

    BalasPadam
  4. Bro...
    Tuduh orang kaya rembat harta rakyat memang seronok...
    Cuma harap berhati-hatilah ketika buat tuduhan...
    Kalau tak ada bukti fitnah la namanya tu...

    BalasPadam