Rabu, 1 Ogos 2012

Sentimen Perkauman Kembali menjadi modal Sang pemerintah.


Tanda bahawa pilihanraya umum ke-13 jelas semakin hampir. Tanda yang paling jelas apabila sedang hangat sang pemerintah menabur kertas bernilai kesana-kemari. Perkara ini dapat kita lihat dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia, Pengagihan Saham FGVH, Duit raya untuk peneroka Felda, Imbuhan untuk kakitangan kerajaan dan pelbagai lagi. Tidak kurang dengan slogan Hari kemerdekaan yang juga menunjukkan signal jelas akan tarikh Pilihanraya ke-13 semakin mengunjung tiba.

Namun rakyat hari ini tidak mudah lagi disogok akan gula-gula yang saban tahun diterima apabila pilihanraya semakin kunjung tiba. Perkara ini jelas membingungkan sang pemerintah, walaupun banyak kertas bernilai yang ditaburkan namun kerana rakyat yang semakin bijak, mereka gagal membeli rakyat marhaen dengan wang ringgit.

Oleh yang demikian, perkara ini mengingatkan mereka akan taktik licik yang pernah mereka gunakan dahulu untuk kembali membina pengaruh. Masih ingatkah kalian akan peristiwa 13 Mei 1969? Peristiwa ini cukup sinonim akan pilihanraya pada tahun 1969. Pada ketika itu, Parti Perikatan (UMNO, MCA. MIC) gagal memenangi 2/3 majoriti kerusi walaupun memenangi pilihanraya umum pada ketika itu. Parti pembangkang ketika itu, Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi manakala PAS memenangi 12 kerusi yang di pertandingkan.

Pihak Pembangkang pada waktu itu telah mengadakan sebuah perarakan pada 11 dan 12 Mei 1969 untuk menyambut kejayaan mereka mengagalkan Parti Perikatan untuk memenangi 2/3 kerusi di dewan rakyat. Perhimpunan ini langsung tidak ada kaitan dengan motif perkauman malahan mendapat permit polis untuk mengadakan perarakan tersebut.perhimpunan ini dianggotai penyokong Parti Gerakan, DAP dan PPP. Namun terdapat segelintir puak yang tidak dikenali turut serta dalam perhimpunan itu (seperti keadaan dalam perhimpunan Bersih 3). Akibat dari provokasi. Perhimpunan melencong dari arah ditetapkan sehingga ke kampung Baru yang majoritinya berbangsa melayu. Akhirnya, provokasi tercetus dan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Akibat daripada itu, pada 13 Mei 1969, Dr. Tan chee koon dari parti Gerakan memohon maaf atas tindakan penyokong mereka. Namun semuanya terlambat, Menteri Besar Selangor ketika itu Dato’ Harun Idrus mengumumkan bertindak balas untuk meraikan kemenangan Umno. Perarakan inilah yang menyatakan ketika perhimpunan parti pembangkang mereka membawa penyapu, tanda menghalau orang Melayu dari Tanah air, ada yang mencaci melayu dan sebagainya. Perkara ini menimbulkan kemarahan orang melayu dan mencetuskan perang saudara dan banyak nyawa yang terkorban akibat dari peristiwa ini.

Dalam sebuah buku yang bertajuk “May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969” dari Kua Kia song menyatakan bahawa rusuhan 13 Mei bukan disebabkan parti pembangkang seperti cerita rasmi, tetapi disebabkan golongan kapitalis dalam umno yang ingin menumbangkan Tunku Abdul Rahman. Faktor Membina pengaruh juga adalah menjadi salah satu konspirasi mereka mewujudkan konspirasi ini.

Hari ini, setelah pengaruh sang pemerintah yang semakin merudum dan mempunyai potensi untuk terkubur dalam pilihanraya akan datang. Mereka sekali lagi mengungkit kisah ini dengan mengadaptasi kisah ini melalui filem. Jelas sang pemerintah semakin terdesak, isu perkauman sekali lagi dimainkan untuk mendapatkan pengaruh rakyat seperti yang berlaku pada tahun 1969. Filem “Tanda Putera” menjadi modal kepada umno untuk terus merosak akan perpaduan yang telah kita kecapi. Perkara ini jelas untuk membawa bibit kebencian antara kaum. Inilah jalan terkahir mereka.



Nasihat saya kepada pihak yang masih berdegil ingin meneruskan agenda ini, kembalilah kepada :sumber rujukan kita.
“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud)

Jauhilah sifat Assabiyah yang jelas taghut:

dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” Sahih Muslim, al-Imaarah, hadith 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan biarkan mana-mana si durjana cuba merobek perpaduan kita. Perbezaan keturunan dan warna kulit bukan alas an untuk kita tidak bersama.