Hari ini, pasti ramai yang meluat atau mempunyai pelbagai perspektif apabila persoalan mengenai politik dirungkai. namun perkara ini adalah kerana pengaruh media dan kerana ideologi individu yang kurang terbuka tentang politik.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah sikap segelintir pemimpin menggunakkan politik untuk kepentingan individu. Ini menyebabkan timbul pelbagai perspektif terhadap maksud politik ini sendiri.
Bagi umat islam, politik adalah antara sunnah terbesar Rasulullah s.a.w, dari peristiwa hijrah hinggalah tertegaknya sebuah empayar yang gagah dan digeruni. hal ini menunjukkan, islam sendiri menggalakkan kita berpolitik, tetapi mestilah dengan agenda dan perjuangan yang jelas. Hari ini dasar sekularisme berjaya memecahbelahkan masyarakat di hari ini, dengan memperjuangkan ideologi parti yang berbeza sehingga kembali konsep assbiyah dalam masyarakat hari ini. ramai yang tidak sedar, untuk memperjuangkan ideologi tidak semestinya dengan memperjuangkan parti atau kumpulan baru.
sejarah telah membuktikan, perjuangkan ideologi yang tidak sependapat tidak semestinya melalui parti, sebagai contoh, Tun Dr. Mahathir membangkang dan menidakkan ideologi Tunku Abd Rahman dari dalam parti sendiri, begitu juga ape yang di lakukkan Tun Abdullah terhadap Mahathir.
Tuntasnya, Politik adalah suatu isu yang rumit, tetapi kita yang mencorakkannya sehingga di pandang bersih, atau di keji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan