Khamis, 5 Februari 2015

Sentimen Perkauman yang belum berkesudahan



 Uniknya Malaysia segala  hal berkait  kehidupan pasti berkait dengan perkauman. Dari aspek ekonomi, pendidikan, sosial  sehingga dalam dunia Politik. Sentimen perkauman  tidak boleh lari dari dunia dan kotak pemikiran Rakyat Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat sistem yang ditinggalkan oleh British menyebabkan Sosio-budaya dan mentaliti rakyat sedemikian. Namun hakikatnya sudah 58 tahun British meninggalkan kita, Apakah harus terus menunding jari kepada British atas mentaliti "Racism" yang berkarat dalam kotak pemikiran kebanyakan masyarakat?


Terbaru kenyataan individu berstatus Menteri yang terus mewujudkan polemik perkauman di kalangan masyarakat. Adakah ini kenyataan yang paling waras dikeluarkan seorang berstatus Menteri? 

Selepas ranap perjuangan PUTERA-AMCJA tiada lagi gerakan kebangsaan yang benar-benar utuh dalam memperjuangkan keadilan & toleransi kepada semua Kaum. Tiada lagi laungan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy "Di dalam dunia ini hanya terdapat Satu bangsa, iaitu bangsa manusia".

Kapan Pula kita akan melihat Rosa Parks dan Martin Luther King Jr. versi Malaysia dalam bangkit menentang segala sistem yang berbentuk perkauman? Ketika Amerika Syarikat suatu ketika dalam era perkauman yang melampau. Di mana kemudahan awam seperti Bas, Tandas awam dan beberapa kawasan  dan tempat rekreasi awam di khaskan kepada etnik berkulit Putih dan etnik berkulit hitam muncul Rosa Parks dalam menentang pemikiran berkarat ini.

pada 1 Disember 1955, terdapat suatu tragedi didalam Bas di Montgomery yang  mana Rosa Parks diarahkan untuk memberi tempat duduknya kepada orang berkulit putih, Sinonimnya pada waktu itu, tempat duduk hadapan Bas untuk mereka yang berkulit putih manakala di belakang adalah untuk mereka yang berkulit hitam. Namun Rosa Parks enggan berganjak dari tempat duduknya. Akibatnya beliau ditahan dan didenda $14 Dolar  kerana tindakannya itu.





Susulan dari penahanan Parks, Peristiwa "Bus Boycott" berlaku selama  388 hari yang diketuai oleh Martin Luther King Jr. yang menganggap perjuangan Rosssa Parks sebagai inspirasinya dalam menentang  Racism. Sejak peristiwa itu, gerakan-gerakan Hak Asasi anti-perkauman terus menular. Martin Luther King Jr. menjadi tokoh yang paling lantang dalam menuntut kesamarataan hak perkauman.



Kemuncak pada perjuangan ini adalah pada tahun 1964 dan 1965 di era pemerintahan Lyndon Johnson sebagai Presiden Amerika Syarikat dimana undang-undang yang membentuk diskriminasi kaum di bubarkan. Perkara ini membuatkan mimpi Martin Luther King Jr. sebagaimana dalam pidato terkenalnya "I have a dream" menjadi kenyataan.

Dari perjuangan ini memperlihatkan hasilnya iaitu selepas 54 tahun peristiwa Rosa Parks di tahan. Pada tanggal 20 Januari 2009, Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama berketurunan Afro-Amerika. Namun bagaimana pula di tanah air Malaysia? 58 tahun British meninggalkan Tanah Melayu, namun sentimen perkauman masih menghantui sanubari rakyat. Bilakah akan muncul Rosa Parks dan Dr. Martin Luther King Jr. versi Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan