Rabu, 28 Januari 2015

Falsafah dalam mencari kebenaran sebagaimana Perjalanan PK dan Nabi Ibrahim A.S.



Filem Hindi lakonan Amir Khan, Filem PK seolah-olah menjadi satu fenomena global kepada masyarakat dan sering menjadi tajuk perbincangan di kalangan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang ideologi pemikiran. Selepas Filem 3 Idiot,  lakonan Amir Khan, Kini Satu lagi filem lakonannya, PK membawa mesej yang sangat berguna kepada masyarakat dan memberi tamparan kepada mereka yang mempergunakan agama atau mereka yang membuat “Wrong Call” dalam agama.

Filem ini mengisahkan Seorang  Makhluk  asing yang datang ke bumi untuk  membuat kajian. Namun “Remote Control” (Sejenis kalung yang membolehkan berinteraksi dengan Kapal angkasa) kepunyaan makhluk asing ini di curi. Beliau cuba untuk mencari  “Remote Control”, dan akhirnya bertanya kepada penduduk Bumi. Akhirnya jawapan Penduduk Bumi bahawa Cuma Tuhan sahaja yang dapat membantunya. Disini bermula Pencarian PK kepada Tuhan.

Dalam Perjalanan PK mencari Tuhan, PK menemui pelbagai cara manusia dalam perjalanan  mencari Tuhan. Melalui agama Hindu, Kristian, Buddha mahupun Islam.  Dalam Perjalanan mencari Tuhan PK membuat kesimpulan terdapat 2 Jenis tuhan. Dimana Tuhan pertama, Tuhan yang menciptakan Manusia dan seluruh Alam. Tuhan Kedua, adalah Tuhan yang di cipta manusia sendiri demi kepentingan duniawi manusia, untuk pengaruh mahupun kepentingan ekonomi. Dengan tuhan ciptaan manusia juga, manusia sering membuat “wrong Call” menyebabkan doa dan aduan tidak sampai dan di salah tafsir.



Menonton filem ini mengingatkan saya akan pencarian Nabi Ibrahim akan tuhannya Seperti mana dirakam Al-Quraan dalam Surah Al-An’am ayat  75-79 :-

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
 Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

 Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


 Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).


Jika Di lihat dari ayat Al-quraan ini dan Filem PK melihatkan bagaimana manusia mencari tuhan dengan bukti saintifik dan dan memerhati. Perkara ini di sentuh oleh Seorang Ahli Tasawuf Ibn Arabi bahawa, Ada sekelompok manusia yang mengenal Tuhan dengan pembuktian. Mereka adalah ahli fikir, nalar, dan akal. Mereka meyakini tauhid berdasarkan dalil, ayat-ayat dan tanda-tanda ketuhanan. Mereka mengetahui yang ghaib atas dasar yang konkrit. Mereka meyakini kebenaran dalil.
Disini kita meliat Al-quraan juga mngajar akan kajian penyelidikan dan akhirnya kembali kepada hakikat. Betapa bersimpang-siurnya perjalanan akhirnya perjalanan manusia akan kembali kepada Al-haq jika menggunakan akal dan pnaduan yang tepat.




1 ulasan: