Selasa, 1 Disember 2009

Jiwa Wanita

saya tertarik dengan cara yang dilakukkan oleh Rasulullah s.a.w melayani karenah-karenah isterinya. Walaupun Tun Dr. Mahathir adalah tokoh pemikir yang dijadikan "roll model" oleh diri saya, namun sebagai seorang muslim, cara hidup Rasulullah s.a.w juga menjadi ikutan dalam menongkah perjalanan hidup saya saban hari.
Aisyah r.a adalah isteri kesayangan Rasulullah s.a.w selepas kewafatan khatijah. Rasulullah berkahwin dengan Aisyah ketika itu Aisyah masih Di zaman kanak-kanak. Oleh itu, Rasulullah s.aw melayani Aisyah dengan layanan yang seperti diperlukannya ketika itu. Rasulullah menjadi sahabat dan orang paling rapat dengannya ketika itu. sehinggakan Aisyah sering mengajak Raslullah untuk berlari bersamanya dan diantara mereka sesiapa yang sampai dulu di kira sebagai pemenang. kebanyakan dari perlumbaan itu Rasulullah sengaja memberi kemenangan kepada Aisyah kerana sifat wanita yang terlalu gembira apabila mencapai kemenangan.
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah cara bagaimana hendak melayani seorang wanita agar dia merasai kebahagiaan ketika bersama atau berdua dengan lelaki yang menjadi pasangannya. Saya maenyeru kepada semua kaum Adam agar menjadikan Rasulullah panduan dan "Roll model" dalam memenangi hati kaum hawa.

1 ulasan:

  1. well said...
    n memang aku setuju,
    cara nilah yang terbaik nak tackle hati wanita..

    BalasPadam