Jumaat, 11 Disember 2009

Pemikir Kreatif vs Ahli Akademis

Hari ini kita melihat banyak kejayaan-kejayaan yang di capai manusia pada era ini. Namun, adakah kita sedar apakah yang menyebabkan kejayaan seseorang atau bangsa itu tercapai? Saban hari dunia melihat perkembangan Teknologi-teknologi terbaru dan kejayaan demi kejayaan di canangkan. Namun apakah tirai di sebalik kejayaan mereka. Masyarakat kita pada masa kini taksub menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau ke universiti. Namun apakah pencapaian akademik yang tinggi itu menjamin kesenangan dan kejayaan kelak dan adakah individu yang tidak mencapai keputusan akademik yang tinggi atau tidak mempuyai asas dalam akademik tidak boleh mencapai kejayaan? mari kita teroka bersama pencapaian-pencapaian yang telah dilalui oleh beberapa tokoh untuk menjawab persoalan disebalik kejayaan
mereka.
Dalam industri pemotoran, kejayaan Boon Siew Honda tidak boleh pertikaikan lagi antara syarikat terawal dalam industri ini. Namun, adakah kita tahu Boon Siew adalah seorang yang buta huruf? Beliau menggunakan golongan cerdik pandai untuk kepentingan syarikatnya untuk terus sukses dan menawan dunia. Sehingga kini Boon Siew Honda adalah motosikal palin lasak di dunia. Begitu juga dengan seorang tokoh Jutawan microsoft Bill Gates, Beliau di sisihkan dari universiti kerana keputusan akademik yang kuran memberangsangkan namun beliau muncul antara manusia paling berharta di muka bumi akibat produk microsoftnya. Untuk memantapkan pengurusan ideologi syarikatnya beliau banyak mengambil pekerja-pekerja mahir dari India sebuah negara terkenal sejak akhir-akhir ini yang melahirkan ramai genius-genius yang bijak dalam industri ini. Kesimpulanya, walaupun mereka kurang berjaya dalam latar belakang dalam akademik namun mereka taap mencapai kejayaan yang megah. Oleh itu, setiap kejayaan memerlukan seorang pemikir yang kreatif dan ahli akademik untuk bersama menongkah kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan