Sejak Tanah Melayu dibawah cengkaman British hingga ke saat ini, kuasa Raja-raja melayu dilihat terhad pada adat istiadat Melayu dan Agama islam. walaupun konsep Raja berperlembagaan menjadi simbol kedaulatan negara ini.
Dewasa ini, kita melihat dengan bebas rakyat dinegara ini menghina akan kesucian agama islam. Baik dari kes Lina Joy hingga kepada kenyataan-kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek yang menghina agama Islam. Pihak Berkuasa mahupun Raja dilihat tidak peka akan isu ini dan memandang enteng akan perkara-perkara yang melibatkan agama Islam. walaupun negara ini adalah negara yang dihuni oleh umat islam dan islam dianggap agama rasmi namun syariat didalam islam terus dipersenda oleh mereka yang diposisi ditugaskan menjaga agama ini. Minum arak, clubbing, rasuah, pecah amanah dilihat sebagai sebahagian dari kehidupan mereka.
Oleh kerana Sifat amarah rakyat, muncul individu seperti Ahmad Abd Jalil yang menghina akan kelakuan yang dilihat melampau bagi mereka yang sepatutnya menjaga kedaulatan agama. Namun, oleh kerana sifat Ahmad yang menghina sikap raja beliau dituduh penderhaka oleh Penguasa. Ahmad ditahan dan dibawa ke sebuah negeri milik penguasa yang terhina.
Pada Isnin, 6 November 2012 Ahmad diarah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas sebab :-
- Reman tidak munasabah Oleh Polis.
- Kes sepatutnya diselesaikan di Wangsa Maju dan bukan dibawah negeri raja terhina.
- Rakaman percakapan tidak dibuat walaupun Ahmad, Keluarga, dan Peguam sudah beri kerjasama sepanjang penahanan.
Namun pembebasan ini tidak lama sejurus selepas itu, pegawai penguasa dengan biadap dilihat mencabar keluhuran perlembagaan negara apabila tidak mengendahkan keputusan mahkamah dengan menahan Ahmad. Tindakan ini benar-benar biadab apabila dilihat menghina keputusan mahkamah. Sang penguasa memberi sebab penahanan adalah kerana :-
- Di tahan semula bawah akta lain iaitu Akta multimedia
- Alasan peguam dan keluarga mempengaruhi keputusan.
Demikianlah alasan Jahil dari penguasa biadab. Lihatlah bagaimana sang penguasa sendiri dengan rakus menidakkan Rukun negara Keluhuran Perlembagaan yang setiap minggu diikrarkan sang penguasa ketika dibangku sekolah.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia ayuh bersatu demi Ahmad agar anak muda ini dibebaskan. Ayuh kita bersolidariti menuntut pembebasan Ahmad ke "virgil solidarity 4 Ahmad" di dataran Merdeka. Rabu bersamaan 7 november 2012 , 8.30 malam. keadilan buat rakyat marhaen. ayuh, Bersolisariti!!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan