Perkara ini membuktikan bahawa kami serius dalam dalam perjuangan kami dengan menerangkan kepada masyarakat akan perjuangan kemerdekaaan yang sebenar. kami memohon semua pihak buka mata akan siapa pejuang kemerdekaan sebenar. pejuang sebenar pastinya mereka yang bertanggungjawab melawan penjajah. bukan yang bersekongkol dengan penjajah.
Perjuangan PKMM dan
PUTERA-AMCJA sangat sinonim akan Bendera Sang Saka Merah Putih atau dikenali
juga dengan nama bendera rakyat. Di Tanah Melayu Sang saka Merah Putih telah
menjadi lambang kemegahan kerajaan melayu Melaka dengan menjadikan panji itu
sebagai simbol kerajaan. Namun selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada
1511, kerajaan kepulauan Indonesia pula menjadikan Sang saka Merah Putih
sebagai simbol.
Pada abad ke-17 kerajaan majapahit telah
menggunakan warna merah putih sebagai lambang kerajaan mereka. Selepas lenyap
kerajaan Majapahit, kerajaan mataram turut menggunakan motif panji yang sama.
Pada Jun 1947, PKMM
telah mengisytiharkan Sang Saka Merah putih sebagai lambang perjuangan mereka
seperti dilaporkan majalah kenchana pada tahun tersebut.
Namun pada 10 Disember tahun yang sama PKMM bersama
dalam komponen PUTERA-AMCJA telah mengisytiharkan Bendera Rakyat atau Bendera
Sang saka Merah Putih dengan 12 bintang
berwarna kuning sebagai bendera perjuangan mereka.
12 bintang pada bendera
tersebut melambangkan 9 negeri Melayu dan 3 negeri selat di Tanah Melayu.
Manakala warna kuning pada bintang melambangkan keadilan dan kedaulatan
rakyat, perlembagaan rakyat yang
diiktiraf dan membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur.
Bintang berbucu lima
pada bendera pula melambangkan ketuhanan, kedaulatan rakyat, keadilan sosial, kebajikan, dan kebangsaan.
Warna merah pada bendera melambangkan keberanian dan kuasa rakyat untuk
menentang imperialis penjajahan dan diskriminasi kaum agar tertegak keadilan
dan demokrasi di Malaya.
Warna Putih pada
bendera pula melambangkan perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan
kesucian untuk mencapai kebebasan dengan cita-cita yang satu iaitu kemerdekaan
sendiri dengan berpaksi rakyat.
Setelah mengamati
perjuangan KMM hingga tertubuhnya
PUTERA-AMCJA, kami melihat mereka adalah pejuang sejati kemerdekaan. Oleh itu,
kami barisan Anak Muda berharap agar semua pihak membuka mata akan sejarah ini
dan mengiktiraf perjuangan mereka. Pengibaran Bendera Rakyat pada Malam ini
adalah simbol Anak Muda mengiktiraf perjuangan PUTERA-AMCJA dengan berharap
pihak bertanggungjawab menilai sendiri akan perjuangan yang jelas menentang
kuasa Imperialis dan menuntut kemerdekaan tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan