Selepas dilihat keputusan PRU-13 tidak menyebelahi MCA, mereka mengusulkan cadangan bahawa Barisan Nasional dijadikan parti tunggal dengan kesemua parti Komponen didalam BN disatukan. Idea ini disambut baik beberapa pimpinan dalam UMNO, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Adakah idea ini untuk kepentingan politik semata-mata ataupun Barisan Nasional Baru tersedar bahawa “Rasicm is so yesterday” dengan perjuangan perkauman menjadi agenda utama parti komponen utama dalam BN sebelum ini.
Apapun alasan yang bakal diberikan Barisan Nasional,
setelah lebih 50 Tahun kemerdekaan UMNO dan komponen Parti perikatan baru
menyedari akan kebobrokan perjuangan mereka selama ini. Perjuangan perkauman
menjadi agenda komponen Parti perikatan
dari Pra-merdeka sehingga hari ini. Namun selepas keputusan PRU-13 telah
memberi tamparan hebat kepada mereka akan kejahilan mereka selama ini.
Tahukah mereka ketika 10 tahun
sebelum merdeka bahawa kesemua komponen dalam PUTERA-AMCJA yang ada pada ketika itu telah sepakat menentang
Perlembagaan persekutuan yang
digagaskan British yang dipersetujui UMNO telah bersepadu untuk membuang titik
bengik perkauman?. Perlembagaan
Persekutuan adalah solusi dari British untuk menggantikan Malayan Union.
Pada Ketika itu PUTERA-AMCJA
telah memperkenalkan perlembagaan Rakyat sebagai Solusi untuk menolak Perlembagaan
Persekutuan demi perjuangan Merdeka 100%. Antara isi kandungan Perlembagaan Rakyat
adalah, Kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India
adalah sebangsa. Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu
kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal
difikirkan mendapat tentangan dari kaum lain yang berpendidikan seperti Tan
Cheng Lock namun perkara ini
dipersetujui semua tanpa perbahasan. Ini menunjukkan komponen dalam
PUTERA-AMCJA benar-benar ingin
singkirkan titik perbezaan antara mereka. Selain itu, dalam perlembagaan juga
ada menyatakan tentang Majlis Kaum-Kaum
untuk menapis diskriminasi perkauman
yang termaktub dalam perlembagaan rakyat.
Disini kita dipersembahkan akan
kematangan PUTERA-AMCJA dalam menuntut merdeka 100% Yang jelas sekali ingin membuang
terus titik perbezaan antara kaum. Perlembagaan
rakyat dicipta pada 10 Ogos 1947 namun pada 2013 UMNO baru mengenali
bibit-bibit untuk singkirkan perkauman? Adakah UMNO relevan menjadi pemerintah
Dulu, Kini dan selamanya?
Ayuh sedekahkan Al-fatihah kepada
pejuang sejati Tanah air dari PUTERA-AMCJA yang telah terkorban semoga allah mencucuri rahmat
keatas roh mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan