Sabtu, 10 September 2011

Tanah Melayu mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah?


Rasanya masih ramai yang berada dalam “mood” Merdeka, walaupun sudah 10 hari tarikh 31 ogos meninggalkan kita, sambil menunggu sambutan hari Malaysia yang bakal berkunjung tiba. Setiap kali menjelang tarikh kemerdekaan pastinya ada pihak yang bangga dengan status kemerdekaan Negara yang dicapai melalui rundingan tanpa mengangkat senjata dan pertumpahan darah. Benarkah kemerdekaan kita dicapai tanpa pertumpahan darah para pembaca sekalian? Selain daripada itu, tidak kurang pihak luar yang memperlekeh kemerdekaan kita yang dicapai hanya dengan rundingan dan terpaksa menerima perlembagaan yang ditulis oleh penjajah demi untuk mengecapi laungan keramat “merdeka!”. Dimana nilai kemerdekaan yang kita kecapi kita hari ini?
Benarkah kemerdekaan yang kita capai tanpa pertumpahan darah? Benar, perjuangan United Malay National Organization ( UMNO) dalam menuntutu kemerdekaan tanpa menitiskan darah dan keringat. Perjuangan UMNO amat disenangi British, Apa sahaja telunjuk British pastinya UMNO akan ikuti dan pimpinan UMNO sendiri adalah pegawai-pegawai atasan yang bekerja dengan British. Jadi jelas bahawa memang terdapat pengaruh British dalam pentadbiran UMNO. Boleh saya klasifikasikan bahawa Malayan Union ditubuhkan kerana member peluang kepada UMNO untuk mengimbangi golongan kiri yang terdiri dari PKM, Hizbul muslimin, AWAS, API dan lain-lain, Oleh sebab itu, tercetus UMNO untuk menjadi platform British ketika itu. Kemudian, segala pertubuhan kiri yang lain diharamkan kecuali UMNO untuk memperlihatkan kepda umum hanya UMNO pejuang kebangsaaan yang tunggal.
Setelah semua pertubuhan diharamkan, beberapa pimpinan pertubuhan ditahan dan dibunuh oleh tentera British. Saki-baki pejuang pertubuhan kiri tiada pilihan untuk menyertai perjuangan mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun kebanyakan dari pejuang ketika itu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Dr. Burhaniddin Al-Helmi bukan dari ideologi komunis, namun mereka tetap bersama PKM demi menentang penjajah British dari tanah Melayu pada ketika itu.
Namun, British mengiktiraf perjuangan UMNO bersama Parti Perikatan dan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Namun kemerdekaan yang dijalankan melalui pintu rundingan itu perlu memenuhi beberapa tuntutan British antaranya menerima perlembagaan ciptaan mereka. PKM tidak mempersetujui perkara ini, Setelah rundingan menemui jalan buntu. Atas faktor itu, PKM menyerang kerajaan pada ketika itu yang dilihat mengikut telunjuk British. Namun perjuangan PKM dipatahkan, hasilnya kita masih lagi menggunakkan perlembagaan penjajah, Lagu negaraku yang diciplak menerusi lagu “Terang Bulan”, Bendera Jalur gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat dan banyak lagi kebobrokan yang kita hadapi hasil dari perjuangan UMNO.
Dari peristiwa ini pastinya para pembaca dapat menilai, Benarkah kemerdekaan yang kita perjuangkan tidak berdarah? Sama-samalah kita renungkan. Nasihat saya kepada golongan muda. Jangan benarkan sesiapapun memperbodohkan fakta sejarah Negara kita. Kerana sejarah milik kita. Relakah kita dan anak cucu kita terus dipermomokan dengan sejarah yang dimanipulasi demi kepentingan sesetengah pihak? Sama-samalah kita renungkan.

4 ulasan:

  1. salam, sy hnya ingin meluahkan pndapat sy. bdasarkan post saudara ni, ini menunjukkan bahawa UMNO bijak dlm mencari pnyelesaian tanpa mgorbankan nyawa org yg tak bdosa lg.. bkn semua situasi perlu mggunakan kekerasan utk myelesaikan masalah..
    saudara, jgn lah disebabkan pemimpin yg korupsi skarang, anda mpertikaikan pemimpin yg terdahulu yg bnyak bjasa kpd negara. jika bkn kerana perancangan dan rundingan pemimpin terdahulu, agak2 la kan dapat ke kita kecapi ap yg kita ad skrg ni? tak dinafikan ad sejarah yg diputar belitkan, kita sebagai generasi muda mmg patut menilai semua ni, namun kita juga harus bijak dlm mbuat pertimbangan. sejarah yg dahulu jadikan pengajaran supaya tidak berulang zaman perpecahan antara kaum melayu dan campur tangan bngsa asing. sy pn seorg mahasiswa n sy melihat saudara ada pengaruh yg agk kuat. sy harap sblm ap tindakan yg dibuat, fikir buruk baek ny. n btw sy tak memihak kpd mne2 pihak. cuma yg baek n benar sy jdkan cntoh n teladan. yg kurang baek dan korupsi sy elakkan (lebih bgus jika dpt diperbetulkan)..

    BalasPadam
  2. salam bro..pi belajar fardhu ain la bro lagi bagus.

    BalasPadam
  3. salam.. senaraikan apa yang anda tidak berpuas hati dalam perlembagaan yg dikatakan dibawah telunjuk British? setahu saya, perlembagaan yang ada sekarang adalah dibina atas kesepakatan kaum terbesar pada waktu itu (Melayu, Cina & India) bagi menunjukkan masyarakat bersedia bersatu dan menghormati satu sama lain sebagai kontrak sosial masyarakat majmuk. Sebab itu lah kaum2 lain diberi tarap kewarganegaraan atas prinsip perlembagaan yg persetujui bersama. SILA SENARAIKAN PERLEMBAGAAN YANG ADA MAKSUDKAN TERSEBUT AGAR JELAS APA YANG ANDA MAKSUDKAN.

    BalasPadam
  4. Sekiranya anda mewakili golongan muda.. sertakan juga senarai 10000 nama beserta tanda tangan golongan muda yang anda maksudkan..

    BalasPadam