Selepas tamat Perang dunia ke-2, British kembali ke Tanah Melayu selepas tentera Jepun mengaku kalah dalam peperangan tersebut. perkara ini menyaksikan panji "Union Jack" kembali dikibarkan di Tanah Melayu. Ini bermakna Tanah Melayu kembali menjadi Tanah Jajahan British. Sumber ekonomi seperti Getah, Bijih Timah kembali menjadi alternatif untuk menyelamatkan ekonomi British pada ketika itu. selepas perang Dunia ke-2 Tanah melayu menjadi wilayah bebas dan tidak terikat dengan undang-undang kolonial pada ketika itu. Pada ketika itu juga muncul sebilangan anak muda dan kesatuan yang mahukan perubahan hasil dari semangat perjuangan Tokoh-tokoh dari Indonesia seperti, Soekarno, Bung Tomo dan Tan Melaka. Muncul juga beberapa pertubuhan seperti Malayan Democratic Union (MDU), Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)dan Parti Kebangsaan Meleyu malaya (PKMM) yang membela nasib rakyat ketika itu. Perkara ini mengusarkan penjajah British, Lalu British mengagaskan Malayan Union pada 1 April 1946.
Namun Malayan Union mendapat tentangan hebat pada ketika itu dari rakyat ditanah Melayu. Beberapa faktor yang membawa penentangan kepada Malayan Union adalah kerana Raja Melayu bakal kehilangan takhta dan kewarganegaraan Jus Soli kepada imigran asing. Oleh sebab itu, British membuat rundingan bersama Garbenor Malayan Union, Raja Melayu dan UMNO untuk mengagaskan pula Perlembagaan Persekutuan yang terus membantu British untuk mencengkam Tanah Melayu dibawah Tanah Jajahanya. Raja Melayu dan Umno ketika itu menyokong Perlembagaan Persekutuan demi menyelamatkan kedudukan mereka supaya terus berkuasa ditakhta selain motto perjuangan umno ketika itu "Hidup Melayu" dan bukan bermotif kemerdekaan.
Setelah PUTERA-AMCJA sedar mereka perlu membuat sesuatu untuk menidakkan agenda British ini, satu rundingan telah diadakan antara pertubuhan dibawah AMCJA-PUTERA. Pertubuhan yang hadir adalah, PKMM,PMFTU,API,AWAS,BATAS,MIC,MNDYL,GERAM, MPAJ-ESCU, 12- STAE WOMEN'S FEDERATION, MDU (sebagai general secretary) dan Tan Cheng Lock dan Ishak Hj Mohamad (Pak Sako) sebagai pengerusi. dalam perbincangan ini, semua gabungan sepakat untuk menubuhkan Perlembagaan Rakyat sebagai mekanisme untuk menentang perlembagaan Persekutuan.
Dalam Perlembagaan Rakyat Singapura termasuk dalam persekutuan, tidak dalam perlembagaan persekutuan milik British. Kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India adalah sebangsa. kewarganegaraan bagi semua rakyat malaya berbanding warganegara ketat bagi bukan Melayu dalam perlembgaan persekutuan . Hak mengundi 18 Tahun Keatas dalam perlembgaan rakyat manakala tiada pilihanraya dalam perlembagaan persekutuan. Hak Politik Samarata dalam perlembagaan Rakyat, tiada Hak politik dan Perlembagaan Persekutuan. Majlis Kaum-Kaum untuk menapis diskriminasi dalam perlembagaan rakyat manakala tiada badan penapis diskriminasi dalam perlembagaan persekutuan. Malaya negara Baru dalam perlembagaan rakyat, dalam perlembagaan persekutuan Malaya kekal koloni British. Malaya kearah negara sendiri dan merdeka dalam perlembgaan Rakyat manakala perlembagaan persekutuan hanya meletakkan Malaya dibawah naungan British. Perlembgaan rakyat telah dicipta pada 10 Ogos 1947 manakala Perlembagaan Persekutuan dicipta oleh British, UMNO dan Raja-raja Melayu pada 19 Disember 1946.
British melihat penentangan terhadap Perlembgaan Persekutuan semakin mendapat tentangan rakyat. Oleh itu, British menubuhkan semula "Societies Ordinance" menyekat kebebasan berpersatuan dan "Registrar of societies" bertindak menolak pendaftaran pertubuhan. Namun perkara ini sedikitpun tidak melemahkan perjuangan AMCJA-PUTERA.
Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan kaum lain yang berpendidikan namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan. Rapat umum, Risalah terus diedarkan kepada rakyat untuk memperkenalkan perlembagaan Rakyat. Perkara ini mendapat sambutan hangat rakyat yang ingin melihat kemerdekaan 100%. Perjuangan merealisaikan perlembagaan Rakyat semakin giat dengan PUTERA-AMCJA bercadang untuk mengadakan bakal Hari Hartal pada 20 OKtober 1947 dari jam 6 pagi sehingga 12malam . media cetak ketika itu memainkan peranan dalam menyampaikan manifesto hartal kepada rakyat. Hartal adalah mogok rakyat berhenti dari membuat sebrang aktiviti harian rakyat sepanjang Hari Hartal. pada 16 Oktober wakil PUTERA-AMCJA di London, Lim Hong Bee menghantar perlembagaan Rakyat kepada ahli Parlimen British.
Tanggal 20 Oktober 1947, Hartal berlangsung dengan jayanya. ketika itu dikatakan seluruh Malaya lumpuh tanpa sebrang kegiatan harian atau kegiatan ekonomi. Hartal mendapat sokongan seluruh Rakyat ketika itu. Rakyat terus menolak perlembagaan Persekutuan dan mengangkat Perlembagaan Rakyat. Namun perintah darurat dikeluarkan British pada 18 Jun 1948 atas alasan membanteras komunis. 29,857 orang ditahan dan 10,000 orang daripada jumlah itu adalah orang Melayu. Lihatlah betapa manis perjuangan ini. sayangnya saya tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku teks akan cerita ini. Ayuh terus kita raikan tanggal 20 Oktober ini akan tarikh keramat yang memperlihatkan rakyat bangkit, semua rakyat bersatu menentang penjajah.
sokong haluan kiri,umno penipu sejarah
BalasPadamterbaek..
BalasPadam