Khamis, 25 Oktober 2012

Maher Zain berjaya pecahkan tradisi lagu di Hari Perrkahwinan

Hari Perkahwinan pastinya menjadi saat yang paling dinantikan oleh mereka yang  mengimpikan kehidupan berumahtangga. Majlis inilah yang menjadi medium penyatuan bagi mereka yang bercinta atau bagi mereka yang disatukan melalui pilihan keluarga. Majlis perkahwinan juga boleh menjadi medium "Reunion" apabila berjumpa dengan sahabat atau ahli keluarga yang sudah lama tidak ketemu.



 Di Malaysia Majlis perkahwinan sering diwarnai dengan lagu-lagu yang menjadi tema di hari bahagia ini. lagu-lagu ini  dipasang untuk menghiburkan para pengunjung Majlis perkahwinan. Perkara ini cukup sinonim dalam majlis perkahwinan di negara ini tidak kira di luar Bandar mahupun di kota.

  Lagu yang sering mendapat tempat pastinya lagu-lagu yang bertemakan perkahwinan seperti lagu Selamat Pengantin Baru, Kompang dipalu dan Tukar cincin tempahan Perkahwinan. tidak kurang lagu-lagu pop yeh yeh yang juga turut menjadi halwa telinga pada hari bersejarah ini. seperti lagu Jefryddin, M. Sharif mahupun kumpulan Mirwana. tidak kurang lagu duet dari Hail Amir dan Uji Rashid turut mewarnai di majlis-majlis Hari Bahagia ini. Antara lagu popular dari Hail Amir dan Uji Rashid yang sering dimainkan ialah lagu "Menunggu Nasi Minyak" yang boleh dikatakan lagu wajib dalam Majlis Perkahwinan.

Namun Dewasa ini dilihat trend kepada lagu-lagu ini tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat  ketika ini. Kini fenomena Maher Zain menghantui Majlis-majlis perkahwinan di negara ini. Lagu- Lagu "Barakallah", "Insyallah", "For The Rest of My Life" dan yang terbaru "Number One For Me" menjadi kompilasi dalam irama yang dimainkan Di Majlis Perkahwinan.

Budaya ini cukup  baik apabila lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat berjaya menambat hati masyarakat kita pada Hari ini. Maher Zain berjaya memecahkan tembok lagu-lagu yang diputarkan sejak sekian lama ke arah lagu penyampaian mesej yang lebih baik kepada masyarakat. Kita lihat hebatnya kepelbagian medium dakwah pada hari ini, berjaya mengubah landskap majlis walimah yang menjadi budaya masyarakat hari ini. syabas, Maher Zain!!!..


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..saya sgt setuju dgn artikel di atas,bukan sahaja lagu brkonsepkn cinta pada manusia,tetapi juga pada Allah yg dibawa oleh Maher Zain sgt mndapat tmpat dihati kita..bkn sahaja golongan dewasa malah kanak2 pun sering mnyanyikn lagu maher zain di bibir mereka..skrg Maher Zain sibuk brdakwah menerusi lakonan dgn pelakon2 indonesia,blh disaksikn di tv9 n astro..:)

    BalasPadam