Isu
Hudud sekali lagi menjadi polemik dalam politik negara selepas kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2
juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di
Malaysia. kemudian disusuli kenyataanya diperhimpunan Agung MCA ke-59 yang
menyatakan lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap
sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak
selamat. kenyataan ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada sekutu
MCA iaitu UMNO. Tambahan Perdana Menteri Malaysia juga enggan ulas kenyataan
ini.
Sebelum ini Juga DAP sering mengulangi
pendiriannya terhadap Hudud, kenyataan paling popular yang pernah dikeluarkan oleh Presiden DAP Karpal Singh, pada 20 Tahun lalu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat
saya dulu” masih menjadi perisai akan pendirian DAP dalam isu
hudud Walaupun sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS sehingga ke hari ini
masih memperjuangkan Hukum Hudud ini dilaksanakan di Malaysia.
Adakah layak mereka dipersalahkan atas pendirian mereka ini? Mengapakah mereka
bertindak sedemikian? Dan Mengapa persepsi mereka terhadap Hudud sedemikian
rupa? Mengapa kita perlu laksanakan Hudud?
Islam itu bukan sekadar kepercayaan
malahan islam itu adalah ad-din iaitu cara hidup yang kita perlu amalkan dalam
kehidupan kita seharian. Dari awal pagi kehidupan kita bermula hinggalah kesaat
melelapkan mata kesemuanya termaktub dalam islam. Adab tidur, makan,
berpakaian, bekerja semuanya ada dalam islam. Selaku umat islam kita
telah disediakan manual kehidupan dan hanya perlu kita ikuti panduan pada kehidupan ini.
ayuh kita lihat kehidupan kita
hari ini adakah masih berlandas pada ajaran islam? Bagaimana dengan tiang agama
kita? Bagaimana dengan penampilan kita adakah menutup aurat? Bagaimana dengan
akidah kita? Masih tersimpul terhadap ya rabb? Sedangkan umat islam sendiri
gagal mengaplikasikan islam bagaimana yang bukan islam hendak menjadikan islam
sebagai contoh teladan kepada diri mereka?
Lihat
sahaja pada kenyataan Dato’ Seri Najib bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan
Hudud, sedangkan hudud ini adalah hukum allah bukan rekaan manusia.
"Dan
sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka
mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-baqarah, ayat 229)
Sedangkan umat islam sendiri tidak taat
perintah allah apatah lagi orang bukan islam? Usah tunding jari kepada yang
bukan islam sedangkan kita sendiri gagal menunjukkan keindahan islam kepada
yang bukan islam dan pemimpin hari ini juga gagal menjadi khalifah yang baik
dengan gagal memahami islam sebagai ad-din dan gagal memartabatkan islam dengan sempurna.
Harrah's Resort Southern California - Mapyro
BalasPadamWelcome to Harrah's Resort 평택 출장샵 Southern California. It is 동해 출장샵 the only AAA Four Diamond resort located 시흥 출장마사지 in Funner, 경기도 출장안마 California. 나주 출장안마 Harrah's Resort Southern